“Dulu sy dih1na.. Oii p0mpuan hang makeup mcm T4IK… muka tak elok pon” – MUA Bellaz Pernah Dih1na Dan Ini Hasilnya Yang Dia Dapat…

Siapa yang meminati dunia solekan pasti mengenali salah seorang Mekap Artis yang terkenal dari utara, MUA BELLAZ atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini. Namanya menjadi tul4r berikutan kepetahan wanita ini berkomunikasi dalam sesi tutorial solekan di laman media sosialnya.

Sehinggakan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut tul4r apabila bijak bersolek dan menjadikan Bellaz sebagai idolanya. Kehebatan Bellaz di laman sosial terbukti apabila mempunyai pengikut di laman Instagram sebanyak 1 juta orang pengikut. 

Di sebalik kejayaannya bergelar jurusolek profesional, Bella juga menyimpan kisah jerih perihnya sebelum berjaya mencapai apa yang dimiliki sekarang. Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Maizun Mastura. Bella berasal dari keluarga yang susah dan hampir tidak mengambil peperiksaan SPM kerana masalah duit. Lepas tamat sekolah, dia terus bekerja untuk menyara keluarga.

Meskipun ada yang mengec4m anak jati Tanjung Dawai ini, tetapi semangatnya tidak pernah pudar dan sentiasa mahu terus ke depan demi keluarga tercinta. Menerusi laman Facebook miliknya, Bella ada memuat naik tentang kata – kata semangat bahawasanya caci4n yang diterima dulu tidak pernah sedikit pun menjejaskan semangatnya untuk terus memajukan diri. 

Namun begitu, Bella dengan penuh semangat tidak sabar untuk manduduki rumah titik peluhnya sendiri.

“Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni…

Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…

rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat..

Yg lain byk beli kami buat homestay…

Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk..

Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu
Dapur kering, dapur basah besar bg sy..

Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.. Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh..”

Antara komen Netizen Yang Mendoakan Bella: 

Menurut Bella, ayahnya merupakan seorang nelayan sahaja. Bekerja siang malam mencari rezeki untuk membahagiakan anak – anaknya. Dia tak makan tak apa asalkan anaknya dapat makan. Ayahnya juga tidak pernah lupa untuk mendoakan anaknya. Walaupun berjauhan dia sentiasa doakan Bellaz dilindungi dan dimurahkan rezeki.

Nyata kalau sudah rezeki tidak mengenal usia. Bellaz mula meneroka bidang solekan sejak mengandungkan anak pertamanya Iris Alisya 6 tahun dahulu. Isteri kepada Anuar Ahamd ini beruntung kerana suami sentiasa menyokong minatnya sehingga menjadi terkenal seperti sekarang.

Dia make-up pengantin dengan percuma

Bella mula mengembangkan  bakat dalam bidang solekan ketika sedang hamil anak pertama. Meskipun tiada kemahiran asas, itu bukanlah tiket untuk dia berputus-asa dan terus mempelajari segala teknik yang ada dengan sendiri. Siapa yang berusaha, dialah yang merasa hasil setimpal. Akhirnya, Bella berjaya dalam bidang ini dan barangan kosmetiknya juga semakin dikenali ramai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Facebook Mua Bella