COV1D-19: 12 k3s baharu di Selangor semalam

SHAH ALAM: Selangor kembali mencatat peningkatan kes aktif c0v1d-19 apabila ada 12 kes baharu setakat jam 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Penceg4han c0v1d-19 Selangor (STFC) di Facebook, peningkatan kes berkenaan turut menjadikan Hulu Selangor yang pada Selasa lalu berada di zon hijau kembali ke zon kuning apabila merekodkan satu kes baharu di mukim Kerling.

“Dua mukim yang sebelum ini berada di zon hijau juga kembali mempunyai kes baharu yang menjadikannya zon kuning iaitu mukim Tanjong Karang (Kuala Selangor) dan Kapar (Klang),” katanya.

Sementara itu, mengikut maklumat yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, pertambahan 12 kes baharu semalam membabitkan 10 kes tempatan, dua kes luar negara.

“Kes baharu tempatan terdiri daripada dua kes di mukim Tanjong Karang, empat kes di mukim Labu (Sepang), dua kes di Kapar dan masing-masing satu kes di mukim Kerling dan Tanjong 12 (2).

“Terdapat pertambahan empat kes discaj dan tiada pertambahan kes kem4tian direkodkan hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, lapan daerah lain masih kekal di zon kuning iaitu Sepang (13), Gombak (9), Kuala Selangor (9), Hulu Langat (8), Kuala Langat (8), Klang (4), Petaling (2) dan Sabak Bernam (2).

Hingga kini, Selangor merekodkan sejumlah 2021 kes terkumpul, 1,820 kes sembuh, 56 kes aktif dan kem4tian kekal pada 24 orang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online