‘Adik baliklah…abah rindu’

SHAH ALAM – Biarpun Aidilfitri sudah berlalu namun seorang ayah tetap tidak berputus asa menunggu susuk tubuh anak bongsunya yang hilang sejak Mac lalu muncul di depan pintu kediamannya di Kampung Padang Pasir, Changlon.

Mohd Zoki Yusoff, 56, merayu supaya Muhammad Amirull Haiqal, 20, yang mesra dipanggil ‘adik’ dalam keluarga itu segera pulang ke rumah mereka.

‘Adik baliklah…abah rindu,” kata lelaki itu dengan penuh harapan.

Menurutnya, Muhammad Amirull Haiqal yang biasa memanggilnya ‘abah’ keluar dari rumah mereka pada Mac lalu dan tidak pernah pulang ke rumah selepas itu.

“Pada hari itu (sebelum hilang), selepas balik dari kerja dan mandi, dia terus keluar dari rumah tanpa memberitahu hendak pergi ke mana. Tetapi hati saya berat mengatakan dia ke Pulau Pinang.

“Satu hari suntuk saya sekeluarga tunggu dia balik, namun dia tak pulang ke rumah. Saya nak keluar cari tak boleh sebab ketika itu kaki saya patah akibat kem4lang4n. Kebetulan pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru sahaja dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut lelaki itu, kini setelah dirinya sembuh, dia cuba untuk mencari anaknya itu di Pulau Pinang.

“Saya sy4k dia ada di Pulau Pinang, kebetulan saya ada rumah di sana, saya cuba cari dan bertanyakan kepada jiran, namun mereka tak nampak anak saya pulang ke rumah itu.

“Saya juga turut mencari di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang namun tak jumpa,” tambahnya..

Mohd Zoki berkata, sangat menyed1ihkan kerana dia menyambut hari raya Aidilfitri lalu tanpa anak bongsunya itu.

Tambahnya, laporan p0lis berkaitan kehilangan anak bongsunya itu dibuat di Ibu Pejabat p0lis Daerah Kubang Pasu.

“Dia tak pernah hilang macam ini. Saya harap dia segera pulang. Kalau ada sesiapa terjumpa anak saya, segera salurkan maklumat kepada p0lis atau kepada saya sendiri,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Amirull Haiqal boleh menghubungi Mohd Zoki di talian 0132942751 atau 0187760362.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar