Personaliti media sosial Beby Tora mended4hkan dia pernah dibvli, dic3rca dan dih1na ketika zaman persekolahan hanya kerana keluarganya hidup susah.
Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi luahan sed1h tersebut untuk tatapan umum.
“Dulu kat sekolah kita selalu kena bvli. Kawan-kawam banyak yang fake, depan kita baik belakang kita dia mengvtuk. Yela, dulu kita m1skin, busvk, baju pun lusuh, yuran sekolah pun selalu kita orang terakhir bayar.
“Tambah pulak kita takda ayah kan, nak berkawan pun orang pandang rupa dan harta. S4kit bila keluarga kita dic3rca, dan dih1na depan orang lain. Kita buat kerja macam-macam tau, kita susah dulu.
“Tapi alhamdulillah Allah bagi jodoh awal, rezeki lebih daripada orang lain supaya takda orang boleh pandang rendah dekat keluarga kita macam dulu.
“Umur 21 baru la dapat bagi hadiah mak kita kereta, hidup macam orang biasa tapi tak pernah nak meminta kat orang lain. Nak apa semua usaha sendiri.
“Kita nak pesan kat kawan-kawan yang suka bvli kita dulu, tak semestinya orang yang hangpa pandang h1na dan m1iskin tu akan selamanya di situ. Mana tahu ke depan nanti orang tu juga yang tolong hangpa kan,” tulis Tora menerusi ruangan kapsyennya.
Menerusi foto tersebut, Tora mengimbau kenangan memakai pakaian seragam sekolah dan bergambar bersama keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya.
Tora mula bangkit menggunakan platform laman sosial untuk membuat kandungan ulasan makanan dan meraih ramai pengikut sehingga layak digelar ‘Instafamous’.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut terus memberikan semangat dan sokongan pada Tora untuk terus positif dan berjaya.
“Di sebalik ujian Allah dulu sekarang Dia bagi nikmat kesenangan hidup. Alhamdulillah semoga awak lebih kuat hadapi ujian Allah kerana itu tanda Dia sayangkan awak,” luah seorang wargamaya.
“Pergh, matematik A dan sains A+ la,” komen seorang wargamaya.
“Takpe Tira, awak elok dah berjaya atas usaha awak sendiri. Moga sentiasa dilimpahi rezeki yang luas dan tak putus-putus,” doa seorang wargamaya.
“Sabar ya kak, dalam dunia ni memang ramai yang d3ngki dengan apa yang kita ada,” sokong seorang wargamaya.
“Terus kuat sis, yang komen negatif tu Tora block je okay. Bukan mereka yang bagi beras kat kita,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Tora dan suaminya, Apit Johari telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019.
Sehingga kini, akaun Instagram Beby Tora mengumpul hampir 560,000 orang pengikut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak