Baru-baru ini, media tempatan melaporkan terdapat beberapa jenama minuman berasaskan ‘boba’ terpaksa gulung tikar akibat terkesan daripada penul4ran w4b4k c0v1d-19.
Sambutan Menggalakkan
Namun begitu, berlainan pula bagi BubbleBee milik selebriti verstail, Shuib Sepahtu apabila kafe perniagaannya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Biarpun baru sahaja beroperasi enam bulan yang lalu di Seksyen 13,Shah Alam namun kafe miliknya tidak putus dikunjungi oleh para pelanggan.
Buktinya, hampir setiap hari akan ada pelanggan yang beratur panjang. Malah lebih mengharukan ada diantara mereka sanggup beratur dan menunggu hingga dua jam lamanya bagi mendapatkan minuman yang berasaskan madu itu.
“ Saya sebenarnya sangat terharu dan terkejut.Bayangkan ada diantara mereka yang sanggup beratur panjang dan tunggu sehingga dua jam untuk dapatkan BubbleBee. Bila mereka dah makan dan rasa sendiri, barulah mereka sedar sememangnya berbaloi untuk beratur panjang”
“Jujur saya cakap memang terharu, kalau boleh nak peluk mereka yang selama ini memberikan sokongan” kAta shuib ketika ditemui murai.my
Rasmi Cawangan Kedua
Dalam perkembangan lain, semalam Shuib telah merasmikan cawangan kedua BubbleBee miliknya. Bertempat di Mydin USJ, Subang Jaya isteri kepada penyanyi Siti Sarah ini meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan.
Kongsinya, pembukaan cawangan ini dan seterusnya akan datang adalah sebagai perkongsian daripadanya untuk membuka lebih banyak peluang rezeki kepada orang ramai khususnya buat mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Sebagai info, baru-baru ini ibu pejabat BubbleBee diserbu oleh hampir 300 orang yang ingin mencari pekerjaan di bawah jenama perniagaan miliknya, BubbleBee. Dalam sesi temuduga yang diadakan, sebanyak 200 orang calon telah diterima untuk bekerja di semua cawangan BubbleBee Lembah Klang terbaharu yang akan dibuka tidak lama lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my