Bakal tutup butik, Wak Doyok buat jualan lelong

PERSONALITI fesyen dan pelakon Wak Doyok mengumumkan bakal menutup butik Starvilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam tidak lama lagi.

Biarpun berat hati dengan keputusan tersebut, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana berdepan situasi yang mencabar ketika ini.

Berikutan itu, Wak Doyok bakal mengadakan jualan lelong koleksi di butik Starvilion mulai esok, 24 Jun hingga 5 Julai depan.

“sed1h rasa di hati, tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama tiga tahun di Starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni.

“Wak nak bagi perintah tutup syarikat pun sed1h, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka cuba sekali lagi, jualan yang terakhir dari Starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong Starvilion selama ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini. Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thankyou. 24hb Jun – 5hb Julai ni, @starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com. Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma. Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah. Doa doa kan Wak dan team @starvilion. — By the way, tag 11 kawan awak kat comment ni, Wak nak bagi Baju Melayu 11 pasang free untuk followers Wak yang sanggup share post ni, viralkan. Wak akan umumkan pemenang random setiap hari mulai 24hb Jun sehingga 5hb Julai. INGAT JANJI KITA, SHUTDOWN SALE STARVILION: Tarikh: 24hb Jun – 5hb Julai 2020 Pembelian: Butik Starvilion Seksyen 7 Shah Alam Online di www.starvilion.com #starvilionshuttingdown #shutdownsale

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua tolong kongsi hantaran ini, terima kasih,” tulisnya pada satu hantaran di laman Instagramnya pada Isnin.

Menurut Wak Doyok lagi, Stavilion akan mengadakan jualan lelong semua koleksi dengan harga serendah RM1.

Malah dalam masa yang sama pelakon filem Abang Long Fadhil 2 itu juga turut memberi secara percuma 5,000 pasang Baju Melayu Wak Doyok di butik Starvilion dan di website www.starvilion.com.

“Kepada frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.

“Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti insya-ALLAH kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. Insya-ALLAH. Doa-doa kan Wak dan team Starvilion,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar