Wani Kayrie tutup komen elak perbal4han

KUALA LUMPUR: Ada sebab mengapa pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie menutup ruangan komen di Instagram (IG) gara-gara kontroversi video TikTok, baru-baru ini.

Wani menjelaskan, dia bertindak demikian bagi mengelak perb4lah4n antara netizen iaitu rakyat tempatan dan luar negara, rentetan daripada kisah sensasi itu.

“Saya sedar isu ini tular hingga ke luar negara. Saya tidak mahu rakyat Malaysia dan orang luar terus berg4duh.

“Saya bukan hendak lari daripada khilaf. Cuma saya tidak mahu menanggung d0sa orang lain.

“Sebab itulah saya tutup ruangan komen dan mengaktifkan ‘private’ bagi akaun IG saya,” katanya kepada BH Online.

Sabtu lalu, niat Wani berkongsi klip video tarian dengan wajah disolek hitam melalui aplikasi TikTok sebagai hiburan, membawa padah apabila dikec4m netizen.

Wani enggan lagi berkongsi foto daripada penggambaran drama Dayang Senandung yang sedang dalam pembikinan 

Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah, 20, dituduh tidak sensitif dan bersikap perkauman melalui video yang didakwa dirakam pelakon dan penyanyi itu ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Tambah hangat, petisyen mendesak penerbitan drama terbabit dihentikan gara-gara video tular itu, diwujudkan. Sehingga kini, lebih 3,000 tandatangan sudah terkumpul.

Isu Wani hangat ketika dunia kecoh dengan k3s pembunvuhan lelaki kulit hit4am yang dikenali sebagai George Floyd, ketika ditahan p0lis di Minneap0lis, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Wani kesal biarpun sudah memohon maaf, ada pihak tidak menerima penjelasan dibuat. Namun, tambah Wani, masih ada pihak yang menyokongnya.

“Saya lihat selepas beberapa hari permohonan maaf dibuat, makin ramai rakyat Malaysia yang menyokong kisah rakyat Dayang Senandung.

“Syukur ada pihak memahami kerja anak seni. Mereka yang tidak boleh terima cerita Dayang Senandung ini, itu pilihan mereka.

“Jika mereka hendak menganggap saya dan Syarikat Zeel Production r4sis atau apa sekalipun, terpulanglah,” katanya yang tidak akan berkongsi foto penggambaran drama berkenaan lagi.

Wani berkata, penggambaran drama Dayang Senandung berbaki seminggu.

Selesai tugasnya, Wani akan menyambung pengajian peringkat ijazah undang-undang dan perdagangan di salah institusi pengajian tinggi (IPT).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online