Ramai yang terkejut dengan penampilan terbaru Zulin Aziz yang semakin langsing dan berat badannya semakin susut. Zulin berkata dia nekad untuk menurunkan berat badan selepas menerima pelbagai kutukan dan c4cian daripada rakan-rakan.
Terbaru, Zulin berkongsikan berita gembira apabila dia sudah berjaya mencapai berat badan ideal iaitu sebanyak 57 kilogram. Menerusi Instagram, Zulin turut berkongsikan satu video meraikan kejayaannya untuk tatapan para peminatnya.
Dalam video berdurasi 12 saat itu, Zulin dilihat sedang menari-nari sambil memakai seluar denim. Namun video tersebut telah pun dip4dam sebelum dia memuat naik video baru yang dilihat tampil lebih sopan.
Difahamkan, ia berikutan ada segelintir netizen kurang senang dengan pakaian Zulin yang dilihat agak ketat. Mungkin kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang kini semakin ramping.
Malah, ada dikalangan netizen menasihati Zulin agar menjaga penampilan lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita yang bertudung kerana tidak manis untuk memakai pakaian yang ketat dan singkat.
Terdahulu, Zulin yang mengamalkan diet telur sebagai satu usaha untuk mengurangkan berat badan berjaya kehilangan 10kg dalam masa sebulan berbanding berat badan asalnya iaitu 85kg.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya