[VIDEO] “Saya nak tudung paling mahal!” Zizan Beli Tiga Helai Tudung Mahal Khas Untuk…

Pelakon popular Zizan Razak berkongsi membeli tudung di sebuah butik ternama di ibu negara.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Zizan membeli tiga helai tudung yang berharga ribuan ringgit khas untuk seseorang.

“Zizan beli tudung termahal di butik @neelofa dan nasih lagi jadi persoalan zizan beli untuk siapa. Tapi zizan nak korang tengok kedai Lofa ni memang buat Zizan terkejut.”

Menerusi video yang dimuat naik itu, Zizan telah membeli tudung yang bertatahkan batu Swarovski yang berharga RM1,630.

Malah terdapat tudung yang berharga RM2,700 sehelai. Menurut jurujual tersebut, kesemua tudung yang dibeli Zizan adalah edisi terhad.

Walau bagaimanapun Zizan tidak nyatakan tudung yang dibelinya itu untuk diberikan kepada siapa.

Rata-rata para pengikut Zizan teruja dengan harga tudung yang mahal dan tertanya-tanya milik siapakah tudung-tudung tersebut.

“Bertuah nya ’ibu’ Tumpang gembira dan berbangga ada Anak Spt adik Moga bertambah2 lagi rezeki aameen”

“Hadiah untuk mama ke abg zan?”

“Bestnya zizan beli yg plg mahal limited edition ada swarovski lg ”

“Tudung tersebut ikhlas bagi pada BONDA IBU TERCINTA”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya