Amyza diminta hadir mahk4mah 10 Julai

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 10 Julai depan bagi pendengaran permohonan pelakon dan model, Zarina Anjoulie supaya mahk4mah memasukkan penghakiman terhadap Amyza Aznan atas dakw4an kenyataan f1tn4h berhubung bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan w4b4k koronav1rus (c0v1d-19).

Hakim, Datuk Azimah Omar mengarahkan supaya peguam, Nurul Hafidzah Hasan yang mewakili plaintif, Zarina Anjoulie menyerahkan surat pemberitahuan kepada defendan, Amyza selaku defendan bahawa Amyza perlu hadir pada tarikh berkenaan.

Nurul Hafidzah memberitahu mahkamah hari ini, perkara itu telah dimaklumkan melalui akhbar dan portal berita.

Hakim Azimah bagaimanapun memaklumkan bahawa sepatutnya defendan perlu dimaklumkan melalui surat berhubung prosiding itu bukan melalui portal berita dan akhbar.

“Jadi tarikh 10 Julai ditetapkan sebagai tarikh pendengaran bagi kes ini,” katanya.

Sebelum ini, peguam Zarina Anjoulie membuat permohonan di Mahkamah Tinggi bagi memasukkan penghakiman terhadap Amyza yang sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas berhubung kes itu yang mana permohonan tersebut difailkan pada Jun lalu.

Nurul Hafidzah berkata, pihaknya membuat permohonan itu berikutan terdapat beberapa kenyataan f1tn4h yang dituntut anak guamnya sebelum ini dan sehingga kini tidak dijawab oleh Amyza serta tiada kehadiran daripada pihak berkenaan.

Zarina Anjoulie memfailkan saman f1tn4h RM3 juta terhadap pelakon tersebut.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar