Sebelum ini, laporan Buletin Utama merupakan satu hikmah buat Pak Cik Amran Tamby iaitu salah seorang gelandangan yang telah dipindahkan ke penempatan sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selepas hampir 29 tahun terpisah, berita gembira apabila dia seperti berpeluang akan disatukan dengan keluarga tersayang.
Namun, siapa sangka pengharapan Pak Cik Amran atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Penghulu untuk bertemu dengan keluarganya tidak kesampaian.
Kisah ‘Tok Penghulu’
Dalam sedutan Buletin Utama yang disiarkan pada 11 April 2020 yang lalu melaporkan tentang hala tuju para gelandangan selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hasil daripada temuramah wartawan Juliana Sharin bersama Tok Penghulu telah berjaya ‘menemukannya’ bersama ahli keluarga yang terpisah sejak dari tahun 1996 lagi.
Menurut individu yang meng4kui dirinya adalah adik kepada Pak Cik Amran Tamby memberitahu mereka akan bertemu selepas tamatnya tempoh PKP.
Pak Cik Amran sebak
Terbaru,m enerusi laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 25 Jun 2020, wartawan sempat bertanyakan kepada Pak Cik Amran Tamby tentang kisah sed1h yang melanda dirinya itu.
Menceritakan kisah itu, Pak Cik Amran memberitahu dia sudah berada di TBS untuk menunggu keluarga datang menjemput. Tetapi malangnya, penantian untuk bertemu dengan insan tersayang selama ini hanyalah sia-sia kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang muncul. Sambil bercerita, dia yang tidak tahan menahan seb4k telah menitiskan airmata.
Dia juga beranggapan bahawa keluarga sudah ‘membuang’ dirinya itu. Nasib yang menimpa Pak Cik Amran sekaligus membuatkan hatinya hancur. Kata-kata terakhirnya buat keluarga ‘Anggap sahaja saya sudah m4ti’.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Buletin Utama via Ohbulan