TIDAK dinafikan, penul4ran w4b4k c0v1d-19 cukup memberi kesan mendalam kepada kebanyakan individu.
Rata-rata mereka kehilangan pekerjaan apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu demi mengekang penul4ran w4b4k tersebut.
Situasi itu menyebabkan sumber pendapatan bulanan terjejas teruk sehingga memaksa golongan ini mencari alternatif lain bagi menampung perbelanjaan.
Tidak terkecuali pemuda ini yang mula berniaga kecil-kecilan demi meraih pendapatan selepas kehilangan pekerjaan, April lalu.
Mungkin tidak pelik apabila pemuda sebaya dengannya sanggup mengenepikan rasa malu dengan berniaga di tepi jalan.
Namun apa yang luar biasa adalah pemuda ini berketurunan India dan menjual makanan yang sinonim dengan masyarakat Melayu iaitu nasi lemak!
Posting mengenai nasi lemak Guru menjadi tular di Facebook.
Kisah mengenai dirinya mula tular di Facebook baru-baru ini selepas ia dimuat naik oleh seorang pelayar, Angkayar Kanni dan posting mengenainya meraih lebih 2,500 perkongsian.
Ketika berkongsi cerita dengan mStar, R. Gurubaran berkata dia mula berniaga nasi lemak bermula Mei lalu selepas hampir dua bulan kehilangan pekerjaan.
“Saya bekerja sebagai pemandu van yang membawa pekerja kilang dan apabila kerajaan laksanakan PKP, syarikat terjejas dan ramai kehilangan kerja.
“Hampir dua bulan tak ada gaji, saya perlu mencari alternatif lain untuk dapatkan sumber pendapatan. Maka timbul idea untuk membuka gerai nasi lemak.
“Idea itu tercetus kerana pada ketika umat Islam menyambut Ramadan, tak ada yang berniaga sarapan. Nasi lemak ini sinonim dinikm4ti waktu sarapan, jadi saya beranikan diri untuk mencubanya,” kata pemuda yang senang disapa sebaga Guru ini.
Guru meniaga nasi lemak yang disediakannya bersama ibu sejak Mei lalu.
Menurut pemuda berusia 24 tahun ini, nasi lemak itu disediakan dengan bantuan ibu dan kakaknya pada setiap pagi.
“Kami bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan nasi lemak. Buat masa ini, kami menyediakan antara 40 hingga 50 bungkus nasi lemak setiap pagi.
“Nasi lemak yang dijual hanyalah sambal bilis dan belum ada jenis sambal yang lain. Keistimewaan nasi lemak ini adalah dibungkus panas-panas dengan menggunakan daun pisang untuk menimbulkan aroma wangi,” ceritanya sambil menambah menu itu dijual dengan harga RM1.50 sebungkus.
Pernah nasi lemak habis selepas hanya sejam dijual. Tapi ada juga hari yang lambat habis, tapi saya akan pulang selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi.
R. Gurubaran
Peniaga nasi lemak
Guru yang merupakan anak jati Rawang, Selangor ini akan berniaga bermula pukul 7 pagi di gerainya yang terletak di tepi Jalan Sungai Dua-Batu Arang.
Bercerita lebih lanjut, Guru berkata dia gembira dengan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat yang mana nasi lemak akan habis setiap kali ia dijual.
“Pernah nasi lemak habis selepas hanya sejam dijual. Tapi ada juga hari yang lambat habis, tapi saya akan pulang selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi.
“Lebih gembira kerana pelanggan saya pelbagai kaum. Ada Melayu, India dan juga Cina. Sebenarnya saya pun tak tahu perkara ini viral hingga rakan yang beritahu baru-baru ini.
“Mungkin ada seorang pelanggan yang pernah bersembang-sembang dengan saya dan menularkannya di Facebook. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang beri sokongan dan komen positif,” ujar anak bongsu daripada empat adik beradik ini.
Rata-rata netizen memuji dan kagum dengan usaha Guru berniaga nasi lemak untuk menambah pendapatan.
Di sebalik sambutan menggalakkan yang diterimanya, Guru berkata dia juga tidak terkecuali berdepan dengan segelintir pelanggan yang mempunyai persepsi negatif.
“Ada pernah pelanggan berhentikan kereta nak singgah beli nasi lemak tapi bila lihat seorang pemuda bangsa lain berniaga, dia tak jadi beli.
“Tapi tak apalah bukan rezeki barangkali. Cuma saya nak jelaskan bahawa nasi lemak ini disediakan dengan bersih tanpa bahan meragukan. Malah saya juga pakai sarung tangan dan topeng muka ketika berniaga,” ujarnya lagi.
Melihatkan sambutan yang diterimanya kini, Guru berkata dia berhasrat untuk terus berniaga nasi lemak dan akan mempelbagaikan menu pada masa akan datang.
“Buat masa ini saya tak terfikir lagi nak cari kerja lain. Saya mahu teruskan jual nasi lemak dan mungkin sikit masa lagi akan tambah menu seperti bihun goreng dan kuih muih,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via Teh Tarik Kaw