Fathia Latiff Kembali Cetus Tanda Tanya

Pelakon Fathia Latiff menafikan keputusannya untuk kembali memakai tudung untuk mencari publisiti atau mendapatkan tawaran berlakon.

Fathia sebaliknya menjelaskan ‘penghijrahan’ tersebut adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja.

“Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti.

“Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka.

“Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Photoshoot for @Beritaharian

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Menurut Fathia, secara jujurnya bukan mudah untuk dia menerima kec4man daripada netizen.

“Tapi saya dah selalu kena kec4m. Siapa yang tak nak buat baik kan.

“Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.

“Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja,” katanya.

Fathia berkata demikian dalam program terbaru terbitan Astro Gempak, Lancaang Bethol.

Program berkenaan bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

hometown. Photocredit: @ilham_latiff

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Untuk rekod, Fathia pernah mencetuskan kontr0versi apabila kembali membuka tudung pada tahun lalu. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via AppleHijau