KUALA LUMPUR: Perintah pengawasan dan pemerhatian dikuatkuasakan terhadap individu yang pulang dari luar negara mulai 10 Jun lalu bagi mengekang penul4ran c0v1d-19.
Penguatkuasaan perundangan itu dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 1988 (Akta 342).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu yang dikenakan perintah itu dikehendaki memakai gelang perintah pengawasan sepanjang tempoh perundangan berkenaan dikenakan terhadap mereka.
“KKM (Kementerian Kesihatan) ingin memaklumkan bahawa aktiviti survelan c0v1d-19 dijalankan terhadap pengembara yang pulang dari luar negara dan memasuki Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa.
“Ini termasuk rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan juga mereka yang dibenarkan masuk atas urusan kerja. Sehingga 25 Jun 2020, seramai 61,576 orang pulang dari luar negara.
“Daripada jumlah itu, seramai 610 kes atau satu peratus dikesan positif c0v1d-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
*berita selanjutnya menyusul*
Memasuki hari ke-13, Dr Noor Hisham berkata, individu yang dikenakan perintah berkenaan perlu menjalani ujian serologi c0v1d-19 di klinik kesihatan atau klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM.
Keesokan harinya, beliau berkata individu terbabit dikehendaki hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat dengan sesalinan laporan ujian serologi untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
“PKD kemudian akan menanggalkan gelang perintah pengawasan itu. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan ini.
“KKM menggesan supaya individu yang pulang ke Malaysia untuk terus memberi kerjasama kepada dalam memutuskan rantaian penul4ran j4ngk1tan c0v1d-19 dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” katanya.
Pengembara berdepan tindakan jika tanggal gelang tangan kuarantin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan pengembara yang pulang dari luar negara dan diarahkan kuarantin wajib 14 hari agar sentiasa memakai gelang tangan sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mana-mana individu yang menanggalkan gelang tangan berkenaan sebelum tamat tempoh pemerhatian akan diambil tindakan.
“Gelang tangan akan dipakaikan kepada pengembara ini sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Gelang tangan ini perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah.
“Sekiranya gelang tangan tersebut ditanggalkan sebelum pemerhatian tamat, individu tersebut akan dikenakan tindakan. Gelang ini akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.
Selain itu, mereka juga perlu mematuhi arahan lain termasuk diberikan Surat arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah, pengawasan dan pemerhatian di rumah, borang Home Assessment Tool dan memastikan pengembara memuat turun aplikasi MySejahtera.
Arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah ini adalah arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana sekiranya individu berkenaan didapati melanggar arahan, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.
Pihak KKM juga mengingatkan orang awam yang telah diletakkan di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KKM.
“Pertama, kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan. Kedua, mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan ahli keluarga terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19.
“Ketiga, sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air atau sabun, atau menggunakan hand sanitizer. Keempat, pastikan anda tidak berkongsi peralatan peribadi dengan ahli keluarga yang lain,” tambahnya lagi.
Manakala, ahli keluarga bagi individu yang menjalankan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini juga memainkan peranan yang penting dengan sentiasa mengingatkan individu berkenaan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
sumber : Awani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH