Disebabkan pandemik c0v1d-19 yang masih belum surut-surut lagi sekarang ni, banyak majlis-majlis besar tergendala dan terpaksa ditangguhkan. Bukan setakat majlis kahwin, konvokesyen pun turut terjejas sama.
Penularan wabak covid-19 memerlukan manusia untuk mempraktikkan kebiasaan baharu. Semua ini dilakukan demi memastikan kita semua selamat dari jangkitan pandemik ini.
Majlis graduasi tidak terkecuali dimana tradisi asal yang memerlukan graduan untuk duduk dan beratur sebelum mengambil skrol dan transkrip di dalam dewan kini diubah bagi menyesuaikan keadaan semasa.
Tak syok la kalau grad pun perlu dibuat secara dalam talian je kan? Justeru bagi menghargai pelajar yang telah berhempas pulas bertahun lamanya untuk menuntut ilmu, sebuah universiti di Indonesia tampil dengan kelainan dalam majlis konvokesyennya.
Memetik laporan ANTARA News, Universitas Sebelas Maret di kampusnya yang bertempat di Solo, Jawa Tengah telah mengadakan majlis graduasi menggunakan konsep ‘pandu lalu.’
Kenapa buat secara pandu lalu? Kerana nak mematuhi SOP penjarakan sosial ketika w4b4k c0v1d-19 masih lagi menular di republik itu.
Jadi, semua mahsiswa yang terlibat dalam majlis ini akan dibawa menaiki kenderaan seperti basikal, beca dan kereta elektrik sehingga ke hadapan rektor — sebelum gulungan ijazah dihulurkan kepada mereka.
Namun bukan semua mahasiswa dapat menghadirinya, kerana hanya 15 pelajar yang berjaya grad dengan distinction atau cum laude saja diberi penghargaan sebegitu rupa.
Selain Indonesia, negara lain juga turut terlibat. Yang menariknya , ianya dilakukan di tepi jalan dan secara pandu lalu. Trend ini dilihat semakin menjadi pilihan pengurusan sekolah dan institut pengajian tinggi di beberapa tempat antaranya di Amerika Syarikat dan India.
Meskipun ianya dilakukan secara pandu lalu, majoriti graduan dan pelajar masih dilihat menggunakan jubah konvokesyen yang menjadi simbolik kepada majlis graduasi.
Cuma pendekatan yang digunakan berbeza mengikut institusi, ada yang graduannya mengambil skrol menggunakan kereta dan ada juga yang graduannya turun dan mengambil skrol di bawah manakala ibu bapa dan wakil keluaga akan menggunakan kereta untuk mengambil gambar mereka dari dalam kereta.
Di bawah kami kongsikan beberapa foto majlis graduasi drive yang bukan sahaja menarik, kreatif malah diyakini selamat!
Canadian International School di Bengaluru, India
Pinole Valley High School, CAlifornia
Gahr High School,Cerritos California
Foto: Scot Smith
Menarik juga, dapat kenangan majlis graduasi yang lain daripada lain.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : LM