[VIDEO] Digelar Google Al-Quran, 2 Anak Yatim Ini Mampu Hafal & Jawab Terjemahan Serta Halaman

2 orang anak yatim hebat ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT iaitu dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya.

Anak yatim ini bernama Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman dan urutan dalam Al-Quran dengan baik.

Digelar Google Al-Quran

Difahamkan, mereka berdua diberi gelaran ‘Google Al-Quran’. Mereka yang menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia.

Menerusi laman Twitter seorang pengguna telah berkongsi video mereka menjawab setiap soalan dengan tepat dan pantas.

2 anak yatim ini baru berusia 11 tahun

Selain itu, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran.

Bercerita lanjut mengenai mereka berdua yang baru berusia 11 tahun, mereka telah memenangi banyak pertandingan menghafal Al-Quran, baik di peringkat nasional dan antarabangsa.

Hafal 30 Juzuk dan terjemahan Al-Quran

Malah, Ahmad dan Kamil dikatakan telah menghafal 30 juzuk dalam Al-Quran serta terjemahannya.

Apa yang lebih menarik adalah, mereka juga turut menghafal terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Sertai pertandingan peringkat antarabangsa

Kedua anak muda ini pernah menyertai Pertandingan Menghafal Al-Quran Antarabangsa Moscow (MTQ) ke-19.

Dalam acara MTQ Antarabangsa, mereka menunjukkan kehebatan dalam kategori hafiz atau hafalan.

Penonton menangis mendengar alunan merdu suara mereka

Apabila Muhammad Ghozali Akbar dan Kamil Ramadhan muncul, ramai penonton menangis tatkala mendengar alunan merdu suara mereka.

Mereka bukan hanya pandai menghafal Al-Quran, malah mereka juga turut menghafal nombor ayat dan nombor halaman al-Quran dan juga susunan baris yang dibaca.

Berjaya memenangi tempat pertama dan ketiga

Terdahulu, Ahmad pernah memenangi tempat pertama dan Kamil memenangi tempat ketiga pada pertandingan Hafiz Indonesia 2017.

Pada pertandingan Hafiz Antarabangsa 2018 di Jeddah, Ahmad memenangi tempat ketiga dan Kamil menduduki tempat keenam.

Kisah mereka tarik perhatian dunia

Kisah anak muda ini tersebar dan menarik perhatian dunia kerana memiliki bakat semula jadi menghafal al-Quran sekali dengan terjemahan.

Pada akhir acara MTQ Antarabangsa Moscow ke-19, Ahmad dan Kamil menerima banyak ucapan tahniah dari para hadirin yang menghampirinya.

Semoga Ahmad dan Kamil terus berjaya dalam pertandingan yang disertai dan kedua-duanya menjadi contoh kepada kita semua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : YOY Network