“D0SA dan kesalahan sememangnya tidak boleh kita elak tetapi paling baik adalah belajar daripada kesilapan-kesilapan tersebut.”
Itu nukilan hati vokalis band terkemuka Hujan, Noh Salleh. Lontaran jawapannya itu sebenarnya membawa pengertian yang sangat mendalam.
Siapa sangka, Noh, 35, yang dulu terlalu memusatkan kehidupannya dengan getaran muzik kini mengarahkan dirinya mengimbangi tuntutan ukhrawi. Transisi Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh bagaikan angin kencang yang tidak terduga.
Penulis masih teringat pada saat kemunculan awal Noh bersama Hujan. Ketika diwawancara media seusai satu persembahan di Istana Budaya pada awal tahun 2000, Noh hanya galak bercerita berkenaan muzik.
Namun pada tahun lalu, selepas lebih sejam mempamerkan vokal mantap pada siri jelajah Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019, selebriti itu membutirkan kata-kata berbentuk ketuhanan. Beliau lancar membicarakan tentang kebesaran ALLAH SWT, tautan rasa pilunya melihat kanak-kanak diperlakukan kej4m dan emosinya yang berkec4muk tatkala menjejakkan kaki di medan per4ng.
Pun demikian, seperkara yang tidak berubah adalah penampilan dan karakter dirinya. Suami kepada selebriti Mizz Nina itu masih berambut panjang, lagaknya selamba dan masih sempoi!
Portfolionya mencanak naik ketika bersama Hujan pada tahun 2005. Kehadiran Hujan yang merupakan satu kugiran indie rock alternatif Malaysia dikatakan berjaya mengakhiri kemarau muzik Malaysia yang suram pada era itu.
Graf kegemilangan band itu membawa mereka menghasilkan enam album dan lebih 25 lagu single.
Lagu Pagi Yang Gelap, Aku Skandal dan Bila Aku Sudah Tiada bikin Noh dan Hujan ‘tidak tenang’ apabila terus dihambat populariti luar biasa.
Cerita misi kemanusiaan
Ya, manusia mampu berubah sekelip mata dengan izin ALLAH SWT. Selepas isterinya Mizz Nina atau Shazrina Azman mengejutkan industri hiburan apabila men1ngg4lkan secara total dunia hiburan selepas berhijab, Noh turut mentransisikan jalan hidupnya.
“Alhamdulillah, Nina memang banyak membantu dalam membimbing dan memberi inspirasi kepada saya dan paling penting sentiasa menjadi tulang belakang agar saya terus mendekatkan diri kepada ALLAH.
“Dia yang bimbing saya. Selama ini orang percaya saya berjaya mengubah Nina, tapi sebenarnya tidak. Dialah (Nina) yang mengubah saya,” katanya dalam satu wawancara bersama SinarPlus baru-baru ini.
Mizz Nina, 40, yang dinikahi Noh pada Julai 2011 berjaya ‘mempengaruhi’ anak kelahiran Miri, Sarawak itu menilai kembali apa sebenarnya tujuan hidup ini.
Anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim yang berterusan berdakwah menerusi platform televisyen dan media sosial termasuk melaksanakan misi kemanusiaan telah membuka kotak hati suaminya untuk mengiringi sama langkahnya ke jalan ALLAH.
Dalam satu temu bual terdahulu, Noh pernah berkata, sebelum ini beliau mengikut Mizz Nina beramal atas dasar keterpaksaan, namun akhirnya, keikhlasan itu secara sendiri terurai dalam jiwa.
Noh juga berkata, beliau sudah mencapai apa yang dimahukan dalam bidang seni. Kini, sudah tiba masanya memberi balik kepada masyarakat.
Diam tidak diam, selebriti yang peramah itu sudah mengikuti tujuh misi kemanusiaan.
Antaranya ialah Misi Kemanusiaan #1Moment4them yang membantu pelarian Syria di Jordan, Misi Dapur Kaseh Buat Kemboja, Misi Keamanan di Lubnan selain misi ke Palestin, Lombok, Indonesia dan Cox’s Bazar, Bangladesh. Selain bersama isterinya, beberapa artis lain seperti Faizal Tahir, Altimet dan Aizat Amdan lazimnya akan terbang bersama-samanya.
Benar, kata seorang pendakwah, mengikuti misi kemanusiaan bukan satu percaturan biasa. Sesungguhnya, melihat kehilangan, kesakitan, penderitaan m4ngs4 per4ng dan menatap potret wajah manusia di zon kelaparan, mampu merobek emosi sesiapa pun. Tiada langsung mimpi indah di tempat-tempat sebegitu.
Perasaan yang sama turut dilewati Noh. Menceritakan pengalaman berharganya ketika berada di Lubnan, Noh memberitahu, beliau pernah mengalami depresi susulan bertemu dengan kanak-kanak berusia lima tahun ditembak dan m4ngs4 per4ng yang dibakar hidup-hidup.
Lebih memilvk4n, ketika rombongan kemanusiaan membuat penilaian, kanak-kanak di sana melukis gambar manusia terb4kar dan kepada putvs.
“Apabila ditanya siapa yang mereka lukis, mereka menjawab itu adalah ibu bapa mereka,” katanya yang trauma hingga memutuskan untuk tidak mengikuti sebarang misi.
Pun demikian, pelantun lagu Angin Kencang itu berkata, perasaan itu hadir sebentar sahaja.
“Kemudian, saya sedar itu (misi) satu tanggungjawab. Saya sihat, makan cukup ditambah ibu bapa yang masih ada, saya rasa itu cara untuk saya balas kenikmatan yang saya ada,” ujarnya yang juga aktif dalam Persatuan Cinta Malaysia Syria.
Versi lebih baik
Kepada SinarPlus, Noh mengakui, kehidupannya semakin tenang kini.
“Lumrah kita sebagai manusia yang mahu menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagai seorang muslim, kita harus berbalik kepada soalan apakah tujuan hidup ini. Kenapa kita diciptakan? Ya, untuk beribadah kepada-NYA.
“Bagi saya, saya tidak hijrah apa pun. Saya masih orang yang sama dosanya tetapi sedang memperjuangkan untuk mengubah diri menjadi versi yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.
Pun demikian Noh tidak menyembunyikan rasa s4kitnya terhadap perilaku sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada selebriti yang beramal ataupun bersolat.
“Bila selebriti berbuat demikian, ada yang terus label sudah berhijrah. Padahal itu normal, memang kena buat. Ia lebih normal untuk menerima seorang muslim untuk tidak solat.
Pelikkan? Sebenarnya, semua orang inginkan versi diri mereka yang lebih baik,” ujar Noh.
Menjawab satu soalan, Noh berkata, meskipun bergiat aktif dalam aktiviti dakwah, beliau belum ada perancangan untuk men1ngg4lkan dunia muzik.
Namun katanya, disebabkan dirinya kehilangan masa bersama keluarga disebabkan muzik, beliau telah menyusun strategi baharu.
“Jadi sekarang ini saya bahagikan masa muzik 20 hingga 30 peratus sahaja dan selebihnya adalah untuk santai dengan keluarga saya. Masa bersama keluarga sangat penting. Kalau asyik layan kerja sampai bila-bila pun tak jumpa keluarga,” ujarnya.
Khas untuk isteri tercinta, demikian bait-bait kata Noh: “Saya percaya kehadiran beliau di sisi saya memang disusun oleh ALLAH SWT untuk mengawal saya supaya saya tidak hanyut dan terus leka.”
Kepada para peminat, Noh berpesan agar sentiasa berpegang kepada al-Quran dan sunnah.
“Jangan lupa, sebarkan kebaikan kerana tidak tersia walau sedikit pun dan kembalilah kepada tujuan utama kenapa kita diciptakan. Apabila kita sentiasa ingat perkara itu, kita akan menjadi versi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelum ini,” tuturnya.
Hidup bukanlah pilihan tetapi sebuah perjalanan. Ingatlah bahawa bukan permulaan hidup kita di pandang tetapi bagaimana pengakhiran hidup kita yang jadi ukuran.
Profil
– Nama penuh: Mohammad Noh Salleh
– Umur: 35
– Asal: Miri, Sarawak
– Tarikh lahir: 15 Mac 1985
– Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
– Warna kegemaran: Hitam
– Idola: Anuar Zain
– Isteri: Shazrina Azman, 40
EKSTRA
Fakta menarik mengenai Noh:
- Kali terakhir Noh membeli alat muzik?
-Tak ingat, sebab dah lama tak beli barang muzik. Saya manfaatkan barang yang sedia ada. Lagipun saya bukan pandai sangat main muzik. Rugi saja kalau beli selalu.
- Apa benda yang paling Noh sayang?
-Telefon, sebab banyak berbakti. Telefonlah yang tolong saya menghubungkan keluarga, cari kerja, beri inspirasi dan sekarang azan dan kiblat pun berpanduk4n kepada telefon.
- Kali terakhir Noh menonton wayang?
-Tak ingat tapi dengan Nina.
- Lagu yang paling kerap dinyanyikan Noh sekarang?
-Sekarang sudah hampir tiga minggu playlist Bilal Indrajaya, lagu Ruang Kecil.
- Buku terakhir yang dibaca?
-Buku nota mesyuarat harian. Baca novel? Memang tak lah.
Foto: Instagram @mohammadnohbinsalleh, @officialnohsalleh, @Ramalbesd, @aimansaufi86, @aminzahabidin, @firdzulkifLy, @acaciadiana, @ehhafishah dan @mattkxkx
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar