MESKIPUN kerajaan sudah memberi kebenaran untuk membawa anak-anak kecil melakukan aktiviti luar namun penyanyi Stacy Anam enggan mengambil ris1ko memandangkan mereka berpontensi tinggi dijangk1ti Cov1d-19.
Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 30, dia hanya membenarkan dua orang anaknya iaitu Bella De Luna Valentina, 8 dan Eshaal yang kini berusia tiga tahun bermain di rumah sahaja.
“Kalau ikutkan memang kerajaan sudah membenarkan ibu bapa bawa anak keluar rumah tapi saya tak berani lagi nak bawa anak-anak lakukan aktiviti luar.
Stacy dan Akim enggan ambil ris1ko bawa anak keluar rumah.
“Sebab mereka dalam golongan yang berisiko tinggi dijangk1ti wab4k C0vid-19. Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko itu. Memang kesian melihat mereka tak dapat keluar rumah.
“Tapi demi keselamatan, saya terpaksa juga biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja. Saya jadikan rumah tempat permainan mereka supaya tak ada rasa bosan,” kata Stacy kepada mStar.
Penyanyi lagu Aku Kau Dan Muzik itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.
Stacy mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Eshaal dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang dijaga sejak kecil lagi.
Lama tidak beraksi di pentas membuatkan Stacy berasa kekok.
Dalam pada itu, Stacy mengakui dia berasa kekok untuk membuat persembahan menyanyi dan menari selepas lama berehat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alhamdulillah… barulah saya rasa diri adalah Stacy sebab sebelum ini saya rasa macam mak orang duduk di rumah saja. Bukan bermula dari PKP tapi sejak awal tahun lagi saya jarang membuat persembahan.
“Walaupun masa duduk rumah itu, ada juga aktiviti seperti buat lagu dan berniaga tapi dalam masa yang sama saya dah lama sangat tak membuat persembahan pentas.
“Dah lama tak dapat nak menyanyi dan menari, jadi rutin itu dah hilang. Dari segi nak dapatkan langkah semula rasa janggal sikit,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar