Dengan sekali lafaz, Emma Maembong, 27, sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Perpisahan dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang. Pelakon Emma Maembong [email protected] bahawa suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, mempunyai saudara lelaki kembar.
Menerusi video yang dikongsi di akaun Insatgram miliknya, Emma, 27, merakam gelagat suaminya bersama kembar yang dilihat mempunyai gelak tawa yang sama. “Kelakar sangat tu my twins…” tulisnya. Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang teruja apabila mengetahui suaminya itu mempunyai gen3tik kembar.
“Kalau Emma ada anak nanti ‘confirm’ dapat kembar sebab dah ada gen3tik kembar dari belah suami mari kita doakan aamin. “Ooo baru tahu kembar.. selama nie tunjuk yang adik jer… “Yang mana satu suami Emma ini?” antara komen yang diturunkan.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose. Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.
Sementara itu, Muhammad Shazli mengaku kagum dengan sifat isteri yang rajin bekerja selain memiliki kecantikan semula jadi. “Emma ada hati yang baik. Dia tahu apa yang diinginkan dalam hidup selain mengutamakan keluarga seperti saya. Dia sangat tegas dalam membuat keputusan.
“Saya lihat dia ramai kawan, namun, dia memilih sahabat yang betul-betul untuk rapat dengannya,” katanya yang membesar di Selangor. Pasangan ini belum merancang destinasi berbulan madu dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak secepat mungkin. Pada 6 Mac depan, majlis berinai akan dianjurkan.
Sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Gempak Via BH
Lepas Kahwin Terus Hilang Rasa Malu. Mengejutkan Emma Maembong Muat Naik Foto Menj0lok Mata Di Laman Ig Buat Warganet Terkedu.
Pelakon Emma Maembong mencvri perhatian wargamaya apabila menikm4ti momen bulan madu bersama suaminya di rumah. Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi sekeping foto bersama suami dengan pakaian sedondon untuk tatapan umum.
“Tolong duduk di rumah macam apa yang Perdana Menteri kita suruh, maknanya bulan madu kat rumah je la kita @shazli.a nampaknya,” tulis Emma menerusi ruangan kapsyen. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja melihat aks1 manis suami isteri ini.
Tidak kurang juga ramai yang berdoa agar pasangan ini memperoleh zur1at secepatnya. Malah, ada yang turut memberikan tegvran kepada pasangan itu agar tidak terlalu menunjuk momen mesra mereka untuk khalayak ramai.
“Sweet sangat ni, buatlah anak cepat-cepat. Semoga kekal ke jannah,” kata seorang wargamaya. “Sweetnya Emma dan Shazli. Hmm, nak kahwin juga!” komen seorang wargamaya. “Lama jugak ni honeymoon, dua minggu!” usik seorang wargamaya. “Alahai, tak payah la yang ni pun hang nak menunjuk kat orang. Simpan la sikit di sebalik tabir,” tegur seorang wargamaya lagi.
Terbaru Emma Berkongsi Foto di Instagram miliknya mendapat krit1kan warganet
KOMEN WARGANET:
Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak/ Instagram Emma Maembong/ Olahan AppleHIjau
Selepas beberapa hari emma diijab kabul akhirnya Aprena tampil buka mulut bongkarkan sesuatu yang terjadi sebelum Emma nikah.
KUALA LUMPUR: Pelakon, Aprena Manrose mended4hkan sahabatnya, Emma Maembong berdepan ujian tidak diduga beberapa jam sebelum diijab kabul. Bagaimanapun, Emma tenang berdepan dengan situasi yang mengh1mp1tnya, sebelum acara akad nikah berlangsung. Dengan sekali lafaz, Emma sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli pada majlis tertutup pada 20 Februari lalu.
Aprena berkata, dia pernah berdepan dengan ujian yang tidak disangka ketika majlis pernikahannya dahulu. “Saya serabut, tetapi Emma ‘cool’ sahaja. Jurusoleknya sedikit lambat tiba, Emma boleh berlagak tenang. “Bayangkan, dia boleh siap mem4ntau dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan ketika kami sedang bersolek. Kami pula risau kerana dia belum bersiap.
“Dia nak berkahwin, kami hanya gadis dulang, tetapi kami bersiap dahulu,” katanya kepada BH Online. Bintang filem Jodoh Sy4it4n itu berkata, dia percaya Emma berlagak tenang bersebab. “Mungkin juga hanya itu caranya mengatasi perasaan gement4r yang bertandang di hati. Apapun, saya suka melihat Emma, cantik dan berseri pada hari pernikahannya,” katanya.
Mengakui rapat dengan Emma sejak di sekolah rendah, Aprena berkata, dia gembira temannya itu bertemu jodoh. “Kami berjiran dan berkawan sejak di bangku sekolah rendah. Cuma, kami bersekolah di sekolah berlainan. Selepas keluarga berpindah, kami terus terputus hubungan. “Kemudian, kami bertemu semula pada zaman remaja hingga bergelar pelakon,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : BH Online
Jumpa Emma di majlis ulang tahun Uqasha. Rupanya ini ciri ciri yang ada dekat Emma Maembong sampai juruterbang pun boleh terpikat.
KECANTIKAN semulajadi dan kebaikan hati menjadi pendorong juruterbang, Muhammad Shazli Azhar memilih pelakon Emma Maembong menjadi isterinya. Menurut Shazli, 32, Emma seorang wanita yang mengutamakan keluarga dan bijak memilih kawan.
“Emma mempunyai hati yang baik dan tahu apa yang diinginkan dalam hidupnya. “Dia juga mengutamakan keluarga serta sangat tegas dalam soal membuat keputusan. “Saya melihat dia juga jenis yang ada ramai kawan… namun memilih yang betul-betul boleh rapat dengannya,” katanya.
Emma mula mengenali Shazli pada tahun 2017.
Sebelum itu, Emma dan Shazli selamat bernikah di sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada pagi Khamis. Sementara itu, Emma pula berkata dia mula mengenali Shazli ketika menghadiri sambutan ulang tahun Uqasha Senrose pada tahun 2017.
“Sehari selepas itu dia sebenarnya ada menghantar mesej di Instagram tapi tidak disedari saya. Hanya pada tahun 2018, baru mesej yang dihantarnya itu saya nampak. Ketika itu kami hanya berbalas mesej biasa termasuk bercakap soal kucing. Perbualan itu berakhir begitu saja.
“Dipendekkan cerita pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubungan semula di Instagram. Kali ini proses itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. “Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Seminggu seterusnya pula, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isterinya,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini terbuka hati menerima Shazli sebagai suami kerana sikap lelaki itu yang mementingkan keluarga dan agama. “Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini dan saya pun inginkan hal sama. Dia juga lelaki yang mementingkan keluarga dan agama selain matang.
“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah keluarga saya. Semuanya tersusun cantik,” katanya. Pasangan ini dijangka akan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 6 Mac depan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Media Bawang