Sebut sahaja nama Pencetus Ummah (PU) Amin, pasti ramai tahu pendakwah itu sememangnya cukup lant4ng dalam menyampaikan dakwah Islam lebih-lebih lagi isu melibatkan golongan pond4n dan LGBT.
Menerusi perkongsian Instagram, PU Amin menasihati orang ramai agar sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan guru yang boleh memberi bimbingan dalam hidu. Ujarnya, zaman sekarang ramai yang seolah-olah mula menjauhkan diri dari golongan ilmuwan.
“Dalam hidup ni carilah guru. Cari ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh daripada guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.
“Dekatkan diri dengan mereka, kita akan dapat banyak ilmu kerana kita akan dapat keberkatan daripada mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita,” katanya.
PU Amin berkata di akhir zaman ini ramai para ulama dim4tikan oleh Allah dan itu adalah tanda banyak ilmu sudah hilang dari dunia. PU Amin turut berpesan setiap apa yang ditegur oleh golongan ulama hendaklah diambil sebagai satu pengajaran.
“Akhir zaman ni para ulama akan ramai dim4tikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari ulama. Kalau ulama, ahli soleh tegur silap kita jangan melent1ng, dengarlah, muhasabah,” katanya.
Dalam entri tersebut, PU Amin turut berkongsi fotonya berpeluang bertemu dengan pendakwah terkenal, allahy4rh4m Datuk Ismail Kamus ketika hayatnya. allahy4rh4m sempat memberikan pesanan padanya agar menjaga anak baik-baik kerana dunia akhir zaman ini banyak bah4yanya.
“Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat men4kutkan, jaga jaga kata ustaz,” tulisnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya