Nora Danish Memang Selalu Nak Pit4m, Sekali Neelofa, Nabil Masuk Komen

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa gementarnya untuk menjadi pengacara jemputan program MeleTOP bersama hos Nabil Ahmad.

Menerusi laman sosial Instagram, Nora berkongsi perkara itu untuk tatapan umum.

“Gementar kembali. Nora ni mungkin ramai yang tak tahu, saya cuai, ketakutan berada di atas pentas, pemalu, tak pandai borak semua tau.

“Jadi bila nak keluar live dari pintu belakang MeleTOP tu, memang selalu nak pit4m. Sekarang anda semua tahu. Tapi terima kasih kepada @meletop sebab tak putus asa dengan saya,” tulis Nora menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nervous kembali……. 😰 , Nora ni mungkin semua tak tawu , Saya clumsy , stage fright , pemalu , tak pandai ckp / borak semua taw… , so bila nak keluar live dari pintu belakang meletop tu, mmg selalu nak pitam! Now u know! 😰🤢 but thanks @meletop cuz never give up on me! 😍😘😘😘🥰💜💜🥰

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Walaupun gementar, Nora menerima sokongan yang padu daripada Nabil Ahmad dan bekas pengacara Meletop, Neelofa yang men1ngg4lkan komen positif di entri pelakon filem p0lis Evo itu.

“Awak boleh buat babe,” tulis Neelofa.

“Kita yang minta awak tau sebab awak lucu,” kata Nabil Ahmad.

Malah, Nora turut menerima kata-kata semangat daripada pengikutnya yang tidak sabar untuk menyaksikan penampilannya sebagai hos jemputan.

“Saya tak kisah kak Nora, saya hanya nak lihat awak apa adanya,” komen seorang wargamaya

“Kena berlatih depan cermin dulu ni kak Nora,” cadang seorang wargamaya.

“It’s okay, gementar itu normal. Awak boleh buat,” kata seorang wargamaya.

“Cara Nora mengacarakan MeleTOP dah tahu macam mana orangnya. Sangat sopan dan lemah-lembut. Love your style,” puji seorang wargamaya.

“Tapi tiap kali kak Nora muncul, tak pernah menghampakan. Tak sabar!” ujar seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Nora Danish bakal menjadi hos jemputan program MeleTOP pada hari Selasa ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104).

Terdahulu, antara beberapa selebriti wanita yang pernah diundang sebagai hos jemputan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Jihan Muse, Sherry Alhadad, Elly Mazlein, Uyaina Arshad dam ramai lagi. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK