[VIDEO] Anak buat lap0ran terhadap ibu kandung, p0lis enggan terima

SEBAGAI anak, apa pun yang berlaku kita sepatutnya menghorm4ti kedua orang tua yang telah melalui per1t jer1h membesar kita sejak dari kecil.

Bagaimana lain berlaku di negara seberang ini. Hanya kerana sebuah motosikal, seorang anak sanggup membuat laporan p0lis terhadap ibunya.

Lapor Kompas.com, seorang lelaki di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), berusia 40 tahun membuat lap0ran p0lis terhadap ibu kandungnya yang berusia 60, kerana masalah motosikal.

Bagaimanapun, laporan itu ditolak terus oleh AKP p0lis Kasat Reskrim Pusat Lombok, Priyo Suhartono.

Video mengenai penol4kan laporan itu vir4l di media sosial Facebook dan YouTube. Dalam video berdurasi 14 minit itu, nampaknya lelaki itu bersama Priyo dan pegawai p0lis lain duduk bersama.

Dalam video tersebut, Priyo dengan tegas tidak mahu menerima laporan kes tersebut, bahkan mengarahkan anggotanya untuk berbuat perkara sama.

“Tolong pulang, kami dari balai p0lis tidak akan bertindak lanjut untuk kes ini, saya minta maaf,” kata Priyo.

Di samping itu, Priyo juga mengingatkan lelaki tersebut, jika hanya soal motosikal, harga dirinya diibaratkan terhad pada kenderaan itu.

“Mohon maaf bos, kalau anda mengejar motor itu sampai bersel1sih faham kerana motor itu, harga diri anda samalah seperti motor itu,” katanya.

Sahkan tidak mahu terima laporan

Ketika dihubungi Kompas.com, Priyo mengesahkan bahawa dia tidak mahu menerima laporan kes tersebut. “Ya, saya tidak mahu menerima. Saya cadangkan untuk ia dirundingkan dengan keluarga,” kata Priyo menerusi pesanan ringkas.

Priyo menjelaskan, persel1sihan itu bermula apabila harta tinggalan bapa lelaki itu yang juga suami ibunya dijual dengan harga Rp200 juta (RM59k). Setelah dijual, ibu mendapat bahagian sebanyak Rp15 juta (RM4.4k). Wang itu kemudian digunakan untuk membeli motosikal.

Namun, menurut Priyo, motosikal itu kemudian diletakkan di rumah keluarga. “Lelaki itu (pelapor) menjual tanah ayahnya seharga Rp200 juta, ibunya diberi Rp15 juta, lalu membeli motor ibunya. Kemudian motosikal yang digunakannya bersama saudaranya, anak itu keberatan,” kata Priyo.

Sebelum ini dilaporkan, sebuah video yang menunjukkan Unit Penyi4sat4n jen4yah p0lis Lombok Tengah AKP Priyo Suhartono menolak laporan dari seorang anak dari Lombok Tengah yang ingin memenj4rakan ibu kandungnya, viral di Facebook dan YouTube.

Susulan video yang dilihat, Priyo menasihati dan memberi pemahaman kepada lelaki terbabit bahawa kewujudan ibu tiada duanya di bumi.

Moga masalah kedua-duanya dapat diselesaikan secara baik dan ramai yang mengambil pengajaran. -AG

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar