“Doa Ibu Saya Dimakbulkan” – Ieda Moin Kini Berhijab

Pelakon Ieda Moin mended4hkan dia telah membuat keputusan untuk terus memakai tudung sejak 4 Mei lalu.

Ketika dihubungi Gempak, Ieda meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia mampu mencapai hasrat yang telah lama tersimpan di hati.

“Sebenarnya, saya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung, sejak dua tahun lepas lagi saya sudah mula terfikir dan kerap memakainya, tetapi apa yang menghalang saya sebelum ini adalah komitmen kerja yang belum diselesaikan, kebanyakannya memerlvk4n imej saya yang tidak memakai tudung.

“Tetapi sejak perginya sahabat baik saya, allahy4rh4m Maya Ruslee dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita pada 18 Mac lalu, saya sudah mula rasa serba tak kena dan susah untuk tidur.

“Perkara-perkara sekeliling yang berlaku pada sekitar tarikh itulah yang menjadi penyebab saya membuat keputusan untuk memakai tudung,” kata Ieda.

Dalam pada itu, Ieda juga gembira kerana beberapa pihak produksi  menerima imej terbarunya itu dengan baik.

“Baru-baru ini saya telah dihubungi oleh pihak produksi, mula-mula saya risau jika imej berhijab saya kurang sesuai dengan kehendak mereka, namun jangkaan saya ternyata salah, mereka menerima imej terbaru saya dengan baik malah, turut memberi sokongan.

“Kata mereka, apa yang paling utama adalah bakat saya, bukan aspek penampilan semata-mata,” katanya lagi.

Ieda juga menegaskan, imej terbarunya itu adalah bukan atas dasar mengikut tren masa kini.

“Saya pakai tudung bukan ikut tren, biarlah niat itu datang ikhlas dari hati. Saya akan cuba perlahan-lahan untuk menyesuaikan diri dengan cara pemakaian terbaru ini.

“Dalam aspek kerjaya pula, saya menyerahkan semuanya kepada Allah SWT, saya yakin rezeki yang Dia berikan amat luas, jadi, saya tidak menganggap imej bertudung ini akan menjadi satu kekangan untuk saya membawa sesuatu watak dalam lakonan saya,” ujarnya.

Tambah Ieda, penghijrahan yang telah dilakukan itu juga telah menggembirakan hati ibunya.

“Saya mendapat sokongan yang sangat positif dari suami, anak dan para peminat. Apa yang membuatkan saya rasa tersentuh adalah kata-kata dari ibu saya, dia ada meluahkan kegembiraannya melihat saya berhijab pada suami saya.

“Dia puji suami saya kerana mampu membimbing saya dengan baik, selain itu, dia juga bersyukur kerana doanya yang berharap saya terbuka hati untuk pakai tudung akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT,” katanya.

Akhir kata daripada Ieda, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan kenalan yang telah banyak memberikan sokongan terhadap dirinya.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan terhadap saya terutamanya dalam penghijrahan saya ini, saya harap agar saya terus dikurniakan istiqomah yang teguh selepas ini,” tuturnya menutup bicara.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :   Gempak