Numan Afifi memb1das langkah kerajaan yang hanya memberikan sumbangan RM500 kepada rakyat bujang di negara ini.
Numan melalui ciapan di laman Twitter berkata rakyat di negara ini sepatutnya layak mendapat peruntukkan yang lebih besar dari kerajaan.
“Kerajaan Kanada dan German memberikan sumbangan (kira-kira) RM24 ribu seorang, manakala rakyat Malaysian yang bujang hanya mendapat RM500-800.
“Kita layak mendapat lebih dari itu,” ujarnya sebentar tadi.
Melalui ciapan yang sama, bekas setiausaha akhbar kepada Syed Saddiq Abd Rahman itu turut memuat naik gambar berhubung sumbangan negara tersebut kepada rakyatnya.
Kerajaan Canada sebelum ini mengumumkan peruntukkan sehingga RM6,000 selama 4 bulan kepada rakyat di negara itu yang dibuang kerja ekoran waabak Cov-19 yang melanda.
Jumaat lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat.
Menerusi teks ucapan setebal 16 muka surat itu, Muhyiddin berkata, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penul4ran wabaak Cov-19.
Muhyiddin yang mengambil masa kira-kira 40 minit membaca teks ucapan tersebut memaklumkan bahawa langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional.
Sumber: SuaraTV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.pop.hmtnws.com