“Bawa GF Tak Boleh Sebelah Ke? HELLO. CANNOT!” Netizen Terhibur Jawapan Pihak GSC. Lawak!

Pada 22 Jun lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa pawagam, teater serta acara langsung lain akan dibenarkan bermula 1 Julai 2020

Menurut laporan, aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung dibenarkan dibuka semula di dewan tertutup sahaja bermula 1 Julai ini, tetapi kehadiran tidak boleh lebih 250 orang tertakluk saiz dewan serta perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kata Menteri Kanan (k3selamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lihat klip penuh pengumuman tersebut di bawah:

Namun begitu, ada beberapa SOP yang perlu dipatuhi sebelum anda dibenarkan untuk menonton wayang.

Antaranya:

1.Kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga tua berusia 60 tahun ke atas tidak dibenarkan sama sekali untuk memasuki panggung wayang. 

2.Jarak satu meter seperti mana anda mempraktik jarak penjarakan sosial seperti di luar. Bermaksud, satu kerusi akan dikosongkan di bahagian tengah.

3.Sebelum masuk ke panggung, suhu badan akan diperiksa seperti biasa. Jika melebihi 37.5 darjah celsius ke atas.

Tak susah pun nak faham bukan? Sangat simple sebenarnya. Tapi ada juga ‘segelintir’ individu yang sukar untuk faham akan SOP yang telah dikeluarkan ini.

Paling kelakar, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) baru-baru ini telah memuat naik satu status di laman Facebook @GSCinemas yang buatkan ramai berdekah!

Status perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian warganet yang turut meninggalkan komen mengatakan mereka terhibur dengan content yang diberikan oleh pihak GSC sejak kebelakangan ini.

Malah, status tersebut sehingga telah berjaya mendapat 8.4 ribu perkongsian dan lebih 2.9 ribu komen setakat artikel ini ditulis.

Lawak pula admin GSC ni eh!

Berikut merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet di bawah perkongsian tersebut:

Amacam korang?

Okay tak duduk selang-selang dalam panggung wayang? Hehe.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Says seismik