Sejak duda, Datuk Alha Alfa selalu menerima mesej dari individu yang berlagak seolah-olah kekasihnya,
Namun jurusolek terkenal ini tak layan sebab takut dengan tujuan individu berkenaan yang cuba mendekatinya.
Foto: IG
“Saya selalu dapat mesej pelik-pelik. men4kutk4n, jampi-jampi ayat macam mantera la apa. Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang kita, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan. Mengarut bukan-bukan boleh mendatangkan f1tn4h,” luahnya melalui status di Insta Story.
Alha juga ada memuat naik perbualan yang dikirim oleh individu tersebut.
Foto: IG
Sebelumnya, pengasas produk kecantikan ini juga mendedahkan ada ibu bapa yang ingin menjadikannya menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi.
“Sejujurnya saya belum terfikir nak cari pengganti. Kalau sekadar nak kenal-kenal jadi kawan tu bolehlah.”
Menurutnya lagi bukan mudah nak cari teman hidup kerana dulu pun dia berkawan dengan bekas isteri selama lima tahun barulah mengambil keputusan untuk berkahwin.
Namun sayangnya mahligai yang dibina hanya bertahan selama enam bulan sahaja.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!