“Pada awalnya kami tidak bersetuju. Tapi tak sangka tul4r…” – Pengantin Drive Thru Pertama Di Malaysia Tidak Menyangka Majlis Mereka Tul4r…

Pasangan pengantin baharu, Norazura Mohd Ali dan Agus Santoso sama sekali tidak menyangka majlis perkahwinan mereka tul4r sekali gus menjadi perhatian warga media sosial.

Menurut Norazura, 36, yang juga dikenali sebagai Wawa, pada mulanya majlis berkenaan hanya dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Memetik laporan media tempatan, katanya, beliau bersama suami, Agus, 28, menyatakan majlis yang diadakan untuk meraikan tetamu yang hadir, tidak disangka menjadi tul4r setelah pada asalnya cadangan majlis berkenaan hanya dilakukan dengan cara mengagihkan makanan secara bungkus kepada jiran, rakan-rakan serta saudara terdekat.

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak bersetuju apabila memikirkan banyak kerja perlu dilakukan untuk mengagihkan makanan selain mengenangkan ramai rakan-rakan dan saudara mara mahu datang sendiri melihat kami berdua di majlis perkahwinan kami.

“Saya dan suami berbincang dengan jurugambar dan juru andam untuk mengadakan majlis secara pandu lalu ini, yang dlihat sesuai dilakukan selain tidak melanggar SOP,” katanya.

Norazura berkata ahli keluarga termasuk ibunya, Khatija Awang, 66, pada mulanya agak keberatan untuk melaksanakan konsep kahwin pandu lalu itu, namun setelah beberapa kali berbincang, akhirnya dipersetujui selain mendapat kebenaran pihak p0lis.

Katanya, pelbagai perancangan awal dilakukan untuk menyusun atur perjalanan majlis termasuk memberitahu tetamu bahawa majlis yang dilaksanakan terbabit menggunakan konsep pandu lalu.

“Selain itu, kami turut meletakkan pusat sehenti untuk pemeriksaan suhu badan serta pendaftaran kehadiran, tempat agihan makanan dan yang terakhir berswafoto dengan pengantin hanya dari dalam kereta,” katanya.

Norazura juga tidak menyangka majlis yang berkonsepkan pandu lalu itu adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Majlis pernikahan pasangan terbabit diadakan pada 27 Jun lepas di Pejabat Agama Daerah Kluang.

Majlis Meriah, Tetapi Pengantin Perempuan Ded4h Terpaksa Berend4m Air Mata Nak Kahwin Drive Thru!

SEPERTI pasangan pengantin lain, Norazura Mohd Ali dan Agus Santoso Sidik mengimpikan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman dan juga klasik.

Namun hajat itu terpaksa diubah kepada konsep pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu.

Bagaimanapun tanpa diduga majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dekat Kluang, Johor menjadi tul4r dan dianggap unik dalam kalangan netizen.

Menurut Norazura, 36, idea untuk menggunakan konsep tersebut muncul selepas melihat video ditul4rkan sebuah perunding perkahwinan mengenai majlis perkahwinan secara pandu lalu.

“Sebenarnya kami rancang nak buat majlis perkahwinan pada 5 April lalu tapi tiba-tiba PKP diumumkan. Jadi kami terpaksa tangguh dulu dan tunda ke beberapa tarikh.

“Tapi sebelum PKP saya pernah terfikir ‘ni ada juga buat kahwin drive thru’. Saya just gurau dengan adik-beradik tapi tak sangka benda tu jadi kenyataan.

“Pada masa sama saya pernah tengok ada video tular, perunding perkahwinan ada up cadangan nak buat konsep drive thru sempena Cov1d-19 tapi belum ada lagi pasangan pengantin berani ambil ris1ko,” katanya.

Tidak lama kemudian, Norazura atau lebih mesra disapa Wawa mengusulkan hasratnya untuk menggunakan konsep tersebut semasa majlis resepsinya.

“Saya kata nak buat majlis drive thru. Pada awalnya keluarga menentang seker4s-ker4snya, tak ada seorang pun setuju. Sampai saya pun berend4m air mata jugalah.

“Keluarga mencadangkan majlis diadakan secara mengagihkan makanan dalam bungkusan kepada jiran, saudara mara dan rakan taulan. Tapi bagi saya kaedah tu tak proper dan kurang sesuai.

“Jadi selepas dapat kelulusan polis barulah keluarga lega dan Alhamdulillah mereka menyokong idea saya. Saya juga bersyukur kerana majlis berlangsung meriah dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun nampak simple tapi sangat meriah. Saya siap pasang DJ untuk hidupkan suasana supaya tak nampak suram. Perjalanan majlis kami memang cantik, semuanya dipermudahkan.

Wawa yang juga menjalankan perniagaan menjual burger berkata selepas mendapatkan kelulusan polis pelbagai perancangan awal dilakukan untuk menyusun atur perjalanan majlis tersebut.

“Satu famili buat garis panduan kepada tetamu seperti SOP yang ditetapkan kerajaan. Kami tak nak tetamu berkumpul dan bersentuhan antara satu sama lain.

“Sebelum majlis saya dah beritahu dalam kad jemputan siap-siap mengenai konsep perkahwinan saya. Alhamdulillah tetamu yang datang pun pakai mask dan ikut SOP ditetapkan.

“Ada yang sanggup datang dari Perak, Bangi, Kuala Lumpur, Rawang, Batu Pahat sebab mereka teruja nak tengok majlis konsep pandu lalu. Rata-rata tetamu beri respons positif terhadap majlis kami,” katanya.

Mengenai konsep perkahwinan pandu lalu itu, Wawa berkata tetamu perlu melalui tiga stesen yang disediakan dalam tempoh seminit.

“Pertama tetamu akan diperiksa suhu badan oleh anggota Rela bertugas. Kemudian team katering akan ambil butir tetamu yang hadir sebagai rekod.

“Kemudian tetamu akan melalui kotak ‘Salam Keruk’ yang menjadi tradisi orang Johor bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan wang.

“Lepas tu barulah tetamu akan bertemu pengantin. Dekat situ mereka boleh berselfie sama ada dari dalam kereta, atas motor atau semasa jalan kaki,” katanya.

Mengenai foto majlis perkahwinannya yang tular, Wawa meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila ramai bakal pengantin menghubunginya bagi mengetahui cara-cara mengendalikan majlis menggunakan konsep tersebut.

“Mula-mula tu terkejut dan tak sangka viral. Saya jadi teruja sebab satu Malaysia tengok majlis perkahwinan ini dan mahu mengikut konsep tersebut.

“Ramai juga minta nasihat macam mana nak kendalikan majlis tu. Alhamdulillah kemeriahan tu lebih daripada apa yang kami jangkakan.

“Walaupun nampak simple tapi sangat meriah. Saya siap pasang DJ untuk hidupkan suasana supaya tak nampak suram. Perjalanan majlis kami memang cantik, semuanya dipermudahkan,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar