‘Peneman’ remaja yang sudah enam bulan terpaksa ‘menginap’ di tepi kaki lima itu hanyalah sebuah beg kecil’… Sayunya… umur 14 tahun jadi gelandangan seorang diri

UMURNYA baru 14 tahun, namun sudah bergelandangan seorang diri.

‘Peneman’ remaja yang sudah enam bulan terpaksa ‘menginap’ di tepi kaki lima itu hanyalah sebuah beg kecil.

Sayunya melihat keadaan adik Lee Weng Keong. Bajunya hanya dibalut dengan surat khabar jer. sed1h tengok.

Itu kongsi penceramah bebas yang juga aktivis tidak lokek membantu sesiapa sahaja golongan yang memerlvk4n tanpa mengira latar belakang orang dibantunya iaitu Ustaz Ebit Lew.

Syukurlah adik ini ditemukan UEL.

Saya terbaca dia nak jumpa saya dah dua bulan. Maafkan saya adik lambat jumpa awak. Mak dah lama dari kecil tak jumpa.

Koperal Azman dan semua p0lis IPD Subang Jaya bantu selalu beri makan pada adik ini. Terima kasih IPD Subang. p0lis di IPD Subang call dah lama juga minta tolong tengokkan adik ini.

Saya tanya Lee kenapa cari saya? Katanya selalu tengok ustaz tolong orang. Saya lapar dan tidur tepi jalan. Dia nak kerja dan lapar. Dia nak jadi macam saya katanya,” kongsi UEL di posting Facebook beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu EUL berkata, beliau akan bantu remaja itu untuk sambung belajar dan mencarikan rumah untuknya di sekitar kawasan Subang Jaya.

“Saya nak cari rumah untuknya dan minta kawan tengokkan serta bawa dia pergi shopping baju seluar dan semua kelengkapan lain. Berat ujianmu adik. Muda lagi. Maafkan saya ye,” katanya.

Nak jadi p0lis

Dan pada keesokan harinya iaitu dua hari lalu, UEL seb4k dan bersyukur dengan bantuan anggota IPD Subang Jaya, hasratnya membantu Weng Keong berjaya diusahakan.

Dah dapat carikan bilik sewa untuk adik ini. Tengok baju dan seluar pendek adik Lee Weng Keong. sed1h rasa. Kuatnya adik ni.

Saya tanya, awak sed1h ke? sed1h sebab saya tiada sesiapa lagi. Saya nak belajar jadi p0lis nanti. Tolong orang macam ustaz.

Saya belikan phone untuk dia jika ada apa-apa senang. p0lis IPD Subang Jaya selalu bantu adik ini. Syukur bilik sewa selesa cantik ada aircond dan kemas. Tinggal di kondo ada guard dan masuk kena ada akses.

Saya akan bayar sementara nanti jika dapat cari ayah atau sekolah menengah bila dah buka nanti,” katanya yang sebelum itu turut membelikan semua sabun-sabun dan alatan mandi serta mengajar remaja itu asas membersihkan diri dan lain-lain.

“Adik Lee jaga diri baik-baik ye. Terima kasih IPD Subang,” kongsinya di FB.

Adik ini dibantu dengan tempat tinggal, dibelikan baju dan telefon bimbit oleh UEL. Alhamdulillah..

Terharunya dengan bantuan UEL. Moga cita-cita adik Weng Keong untuk menjadi insan seperti UEL akan menjadi kenyataan. Aamiin… -AG #janganputusasamalaysia

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar