KUALA LUMPUR: Dikelilingi rakan yang prihatin membuatkan hidup pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, tidak pernah terpinggir atau sunyi biarpun tinggal sendirian.
Ebby berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac lalu, keluarga dan rakan-rakan termasuk teman artis, sentiasa bertanya khabar sambil menghulur bantuan.
Walaupun banyak projek penggambaran tertangguh akibat PKP, namun, Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan, bersyukur dapat menjana pendapatan dengan membuat ulasan produk di Instagram (IG).
“Alhamdulillah, tidak langsung rasa tersisih atau sunyi walaupun hidup bersendirian. Saya dikurniakan keluarga dan sahabat handai yang sentiasa prihatin dengan saya.
“Mereka sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan bantuan walaupun tidak dipinta.
“Saya hidup seorang, banyak manapun wang yang diperlvk4n. Bagi saya, pendapatan yang diraih daripada ulasan produk dan muncul IG Live sudah memadai,” katanya kepada BH Online.
Ebby berkata, antara teman artis yang sering membantu adalah Sabri Yunus, Man Raja Lawak, Shuib Sepahtu, Jepp, Ajak dan Johan.
“Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan insan prihatin yang sentiasa mengambil berat mengenai diri saya,” katanya.
Bakal kembali ke set penggambaran untuk menjayakan sitkom popular, Jenaka Kampung Kalut ( JKK) di TV3, Ebby lega syarikat produksi diberi ‘lampu hijau’ untuk menyambung aktiviti penggambaran.
Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid juga bersyukur khidmatnya bersama stesen radio, Negerifm disambung selepas PKP.
Sudah dua minggu bertugas, Ebby mengendalikan segmen Oghok Potang dua kali seminggu iaitu Khamis dan Jumaat dari jam 2 hingga 6 petang.
“Saya gembira khidmat masih diperlvk4n. Sekurang-kurangnya, ada pendapatan tetap setiap bulan selain ‘job’ lakonan dan reviu produk.
“Walaupun terpaksa berulang alik dua kali seminggu ke Seremban, saya seronok bertugas di stesen radio itu. Saya tidak menyangka mereka masih memerlvk4n khidmat saya selepas PKP,” katanya.
Bekerja dengan stesen radio itu, Ebby lebih suka dirinya tidak ‘terikat’.
“Bukan apa, saya tidak mahu mereka terpaksa bayar gaji walaupun tidak berpuas hati dengan prestasi saya.
“Bagi pihak saya pula, jika ada perkara yang tidak memuaskan hati, saya boleh berundur diri pada bila-bila masa. Itulah alasan mengapa saya tidak mahu ‘terikat’ dengan mereka,” katanya.
Duk4 di hati Ebby Yus siapa tahu…
SETIAP kali menonton lakonannya di televisyen, pasti akan mengundang ketawa pada sebilangan besar peminatnya. Masakan tidak, personalitinya yang sangat humor selain wajah selambanya membuatkan ramai yang menyenangi lakonan Ebby Yus.
Namun, pernah atau tidak dalam kalangan kita yang terfikir untuk mendasari bagaimana gejolak jiwa lelaki berusia 55 tahun itu yang masih bujang? Suratan hidup seorang seniman, mereka bijak menghiburkan orang ramai, tetapi kesedihan yang bersarang di jiwa golongan ini jarang benar untuk dikongsi.
Demikian juga dengan Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang senang berdiam diri dan melalui apa sahaja dugaan tanpa perlu berkongsi dengan wartawan mahupun di media sosial.
Di luar pengetahuan peminat-peminatnya, Ebby sebetulnya pernah melalui detik-detik yang sukar apabila doktor mengesahkan dia menghadapi masalah lem4h jantung selain kebocor4n buah pinggang.
Apabila doktor memaklumkan berita sedih itu, Ebby tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berusaha menjalani rawatan. Sepanjang tempoh itu juga, pelakon komedi terkenal itu tidak berupaya untuk bekerja kerana tidak memiliki kudrat.
“Setahun setengah juga saya tak bekerja. Bukan tak mau kerja, tapi saya tidak ada kemampuan,” katanya berkongsi fasa sukar yang dilaluinya.
Ebby juga sebenarnya pernah menjalani pembed4han pintasan jantung pada 1998. Seiring perubahan masa, doktor yang merawat memaklumkan, keadaan jantungnya hanya mempunyai lebih 20 peratus tahap kekuatan sedangkan untuk manusia normal bacaan kekuatan jantung yang diperlukan ialah 60 peratus.
“Itu yang doktor maklumkan pada saya berhubung keadaan jantung saya. Pada masa ini, saya hanya bergantung pada ubat, tapi Alhamdulillah saya sihat, tak adalah sakit t3ruk.
“Demikian juga dengan buah pinggang saya, ada alami kebocoran dan saya juga sedang menjalani rawatan,” terang Ebby mengenai keadaan kesihatannya.
Kerana ujian kesakit4n yang dihadapinya, Ebby harus akur bahawa pendapatannya terjej4s kerana dia tidak mampu bekerja. Wang simpanan sudah habis digunakan untuk membiayai rawatan selain menjalani kehidupan yang sangat sederhana.
Namun, itu semua bukan alasan kenapa dia harus berasa sugul dan tidak berusaha. Seniman yang selesa menyimpan segala rasa duk4 dan sed1h itu berkata, selagi mampu dia akan bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara hidup.
“InsyaAllah berkat rawatan yang saya jalani, doa keluarga dan kawan-kawan saya sudah mampu untuk kembali bekerja. Saya sentiasa percaya rezeki Allah yang tentukan.
“Alhamdulillah tawaran berlakon juga sudah diterima dan saya akan kembali aktif secara perlahan-lahan,” kata Ebby yang tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana masih menurunkan rezeki buatnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH