Lagu-lagu yang bersifat klasik mempunyai satu persamaan – setiap karya yang terhasil bersifat tak lekang dek panas, tak luntur dek hujan. Setiap lagu mampu diperdengarkan walaupun kita sudah masuk ke era moden di mana citarasa telah berubah dengan karya klasik berjaya mengekalkan keasliannya.
Populariti komposer luar negara khasnya dari negara Indonesia menjalinkan kerjasama yang erat di antara dua kumpulan pengkarya kedua-dua negara kita. Ini menyebabkan ada ketikanya kita sebagai peminat tersalah faham, menyangkakan lagu-lagu klasik bahasa Melayu yang kita dengari merupakan hasil ciptaan asli anak tempatan.
Tidak ada apa-apa yang nak dimalvk4n dalam hal ini sebenarnya, tetapi ada baiknya kita tahu supaya dapat kita memberikan penghargaan pada pencipta asalnya. Berikut adalah 5 lagu berstatus klasik pada masyarakat kita yang sebenarnya adalah lagu yang dipinjamkan komposer luar, tetapi masih dinyanyikan kita sehingga hari ini.
1. Sweet Charity – ‘Kamelia’
Lagu klasik ‘Kamelia’ nyanyian kumpulan Sweet Charity, dengan vokal serak-serak basah rockers legenda Ramli Sarip merupakan antara lagu popular yang sehingga ke hari ini, masih segar didengari.
Lagu ‘Kamelia’ sebenarnya karya yang dihasilkan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Ebiet G. Ade. Judul asalnya pula adalah ‘Camellia 2’, terkandung dalam album komposer tersebut yang menggunakan tajuk serupa.
‘Camellia 2’ dilancarkan pada tahun 1979 sebelum kumpulan Sweet Charity meminjam lagu ini daripada komposer asalnya, diberikan nada lebih keras dengan ejaan judulnya ditukar kepada ‘Kamelia’. Lagu itu kemudian dimuatkan dalam album ‘Pelarian’ yang terbit pada tahun 1980.
2. Lefthanded – ‘Tiada Lagi Kidungmu’
Lagu ‘Tiada Lagi Kidungmu’ merupakan lagu klasik yang mempopularkan vokalis Nash serta kumpulan Lefthanded kepada peminat muzik tempatan. Jika anda tanya pada peminat muzik Malaysia, pasti ramai tidak menyedari lagu ini sebenarnya bukan ciptaan anak tempatan.
Pencipta asal lagu ini sebenarnya adalah Arie Wibowo dari Indonesia, yang telah men1ngg4lkan kita semua pada tahun 2011. Sebelum Lefthanded diberikan tanggungjawab membawakan lagu ini, penyanyi asal lagu ini adalah penyanyi ikonik orang Bat4k di negara tersebut – vokalis legenda Jack Marpaung.
Satu soalan kami ajukan! Apa itu ‘kidung’? Hahaha. Fikir dulu.
‘Kidung’ adalah istilah daripada bahasa Indonesia yang membawa makna nyanyian, syair atau puisi yang dibacakan. Boleh juga membawa makna senandung. ‘Mengkidung’ seseorang bermakna menyanyikan atau membacakan seseorang sesuatu dengan indah.
3. Amy Search – ‘Tiada Lagi’
Satu ketika dulu nama Mayang Sari benar-benar popular di negara kita. Salah satu lagu paling popular milik vokalis Indonesia itu adalah lagu ‘Tiada Lagi’ yang harus diakui sangat cantik susunan dan bait liriknya.
‘Tiada Lagi’ dimuatkan dalam album Mayang Sari yang menggunakan tajuk serupa, diterbitkan pada tahun 1998. Bagi siapa yang belum tahu, karya klasik ini merupakan garapan cantik seorang komposer bernama Kohar Kahler.
‘Tiada Lagi’ kemudiannya dipinjam oleh Amy Search untuk dimuatkan ke dalam album solo beliau ‘Suatu Masa’, diterbitkan pada tahun 2000. Album itu merupakan satu projek unik di mana keseluruhan album tersebut memuatkan lagu nyanyian artis lain, yang dinyanyikan semula Amy Search.
Walaupun diterbitkan dalam dua buah album melibatkan dua buah negara, pada tahun 2008 terbit satu laporan yang menyebut Kohar Kahler tidak pernah mendapat satu sen pun royalti hasil lagu ini. sed1hnya!
4. Sudirman, Sharifah Aini dan Dayang Nurfaizah – ‘Pujaan Hatiku’
Satu persamaan di antara kedua-dua nama besar dalam industri hiburan tanahair yang telah men1ngg4lkan kita serta penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah adalah mereka pernah merakamkan semula lagu ‘Pujaan Hati’ nyanyian Zainab Majid – seorang penyanyi popular sebelum negara kita merdeka lagi.
Lagu ‘Pujaan Hati’ sangat popular sekitar tahun 1950-an dan kesannya boleh dilihat berdekad lamanya, masih lagi kekal relevan sehingga ke hari ini.
Walaupun begitu, lagu itu sebenarnya adalah lagu saduran daripada lagu asal ‘Mera Dil Ye Pukare Aaja’ yang dipaparkan dalam filem Hindustan berjudul ‘Nagin’, terbit pada tahun 1954 nyanyian penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar.
Zainab Majid meminjam lagu ini untuk dinyanyikan semula sebelum lagu beliau kemudiannya dipinjam oleh Sudirman, Sharifah Aini dan yang terbaru Dayang Nurfaizah. Versi paling baru dendangan Dayang Nurfaizah menukarkan lagu yang sed1h ini kepada irama lebih rancak, menjadikannya sebuah lagu yang sangat berbeza mesejnya.
5. Jamal Abdillah – ‘Lancang Kuning’
Rasanya lagu ini sudah tidak perlu lagi diperkenalkan pada masyarakat kita. Lagu ‘Lancang Kuning’ sangat kerap dimainkan berikutan iramanya yang lembut serta layak diletakkan sebagai salah satu lagu rakyat Malaysia.
Lagu ini memainkan peranan yang besar dalam karier Jamal Abdillah, memulakan karier beliau sebagai anak seni selepas membantu dia memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1979. Siapa tak pernah menyanyikan lagu ini masa kecil? Pengaruhnya sangat besar pada masyarakat Malaysia dan Jamal Abdillah memainkan peranan mempopularkannya kepada orang ramai.
‘Lancang Kuning’ adalah ciptaan dan nyanyian asal komposer Eddy Silitonga dari Sumatera, Indonesia. Beliau sangat popular di negara kita sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Selain lagu ‘Lancang Kuning,’ antara lagu lain ciptaan Eddy yang melekat di jiwa kita adalah ‘Bunga Tanjung.’
Siapa tak kenal lagu ‘Bunga Tanjung’?
Sekiranya anda belum tahu, istilah ‘lancang’ yang disebutkan dalam lagu ini membawa makna kapal yang mampu belayar dengan laju.
Selain itu, ada sebuah filem berjudul ‘Lanchang Kuning’ yang diterbitkan lebih awal pada tahun 1962. Setakat ini, kami belum berjaya menemui jika ada sebarang kaitan di antara filem itu dengan lagu ciptaan Eddy Sillitongga.
Komposer terkenal Indonesia itu menghembvskan nafas terakhir pada tahun 2016, namun sempat menyanyikan lagu popular ini bersama Jamal Abdillah dalam siri konsert bersama pada tahun 2014.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Iluminasi