KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, Eka Sharif, 31, akur dua kali terpaksa menunda majlis perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Nazrulnaim Abdul Jabar, 33.
Jika diikutkan, jam 10 pagi, semalam, Eka sudah bergelar isteri. Bagaimanapun, disebabkan salah seorang ahli keluarga yang melakukan positif c0v1d-19 selepas melakukan ujian saringan di sebuah h0sp1tal, Eka, bakal suami dan keluarganya turut terheret perlu melakukan saringan.
Kali pertama, Eka atau nama sebenarnya, Nur Atiqah Shariffudin dan Nazrulnaim sepatutnya sudah bergelar suami isteri pada 11 April lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa.
“Siapa mampu menduga, majlis yang dirancang kali pertama itu bertembung dengan tempoh PKP. Kemudiannya, majlis yang ditunda semalam diuji pula dengan salah seorang ahli keluarga positif c0v1d-19.
“Besar betul dugaan ini, tetapi suka atau tidak, saya kena kuat. Atas nasihat doktor dan Kementerian Kesihatan Malaysia, majlis kena tunda lagi,” katanya kepada BH Online.
Eka berkata, dia terpaksa menanggung kerugian selepas majlis pernikahannya ditunda lagi. Bagaimanapun, dia enggan memperincikan kerugian yang ditanggung.
“Saya bernasib baik jurusolek, pereka fesyen, lokasi kahwin, katering dan lain-lain memahami kerana majlis terpaksa ditunda.
“Cuma setakat ini, saya, bakal suami dan keluarga belum dapat memutvskan tarikh baharu untuk majlis pernikahan,” katanya.
Eka berkata, dia bakal suami saling mengenali sejak 12 tahun lalu.
“Bagaimanapun, kami mula serius bercinta sejak empat tahun lalu. Kami tak mahu bertunang, sebaliknya sepakat terus melangsungkan majlis perkahwinan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH