KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya ham1il empat bulan.
Emma yang bernikah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram, kira-kira sejam lalu.
Melalui kapsyen, Emma menyatakan bulan madu itu dianggap percutian terakhir bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.
Foto dikongsi turut menampakkan ‘babyy bump’ pada bahagian perut Emma.
Berkongsi perasaan dengan BH Online, Emma memberitahu:
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita keham1ilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya.
Menurut Emma, dia mengakui teruja dengan saat dinikm4ti sekarang.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” katanya.
Emma dijangka melahirkan anak sulungnya, November depan.
View this post on Instagram❤️❤️ Photographer: @amirnaufalna Video : @cameo.x Hotel: @dashresortlangkawi
KOMEN NETIZEN :
GAMBAR SEKITAR BULAN MADU EMMA DAN SUAMI
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH