‘Ryan Deedat Diser4ng Peny4kit Gangguan Kebimbangan…’- Ryan berdepan situasi kesihatan men4kutkan apabila dadanya sentiasa berdebar..

KUALA LUMPUR: Pengalaman diser4ng peny4kit g4ngguan kebimbangan (anxiety disorder) dijadikan perkongsian dalam single terbaharu Ryan Deedat, 28.

Berjudul Menari Dalam Gelap, single ciptaan Ryan bersama komposer muda berusia 18 tahun, Heil Nuan bertitik tolak daripada konflik yang berlaku dalam dirinya.

“Single Menari Dalam Gelap buat kali pertama memaparkan perasaan dan pengalaman diser4ng g4ngguan kebimbangan pada Mac lalu.

“Ia amat berbeza dengan single sebelum ini yang bersifat rekaan semata-mata.

“Lagu berentak trap pop ini bagaikan luahan pengalaman sebenar, selain pengamatan terhadap orang lain apabila diserang g4ngguan kebimbangan. Selama ini, saya memandang remeh terhadap mereka berdepan masalah peny4kit ini, tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, baru tahu hakikat sebenar,” katanya kepada BH Online.

Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat berkata, single Menari Dalam Gelap dirakamkan ketika tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Apa yang membuat saya terus tertarik mengangkat isu g4ngguan kebimbangan apabila menyertai kumpulan Facebook Gerd And Anxiety. Di situ, saya melihat ramai orang mengalami masalah yang sama, malah ada yang lebih teruk daripada apa saya lalui.

“Ada antara mereka tak tidur berhari-hari dan terpaksa berulang alik ke h0sp1tal untuk mendapatkan rawatan.

“Masalah g4ngguan kebimbangan semakin dirasai ketika dilanda pandemik c0v1d-19,” katanya.

Penyanyi lagu Salimah dan Propa itu berkata, konflik dan masalah g4ngguan kebimbangan itu orang luar tak nampak.

“Jadi, kebanyakan berg3lut dengan diri sendiri,” katanya yang turut dilancarkan video muzik Menari Dalam Gelap pada hari ini.

Jantung Ryan berdegup kencang

 Penyanyi lagu Salimah, Ryan Deedat, 28, berdepan situasi kesihatan men4kutkan apabila dadanya sentiasa berdebar, sejak beberapa hari lalu.

Pemilik nama Sheikh Eamir Deedat itu berkata, jantungnya pula sentiasa berdegup kencang.

“Saya ke pusat perubatan dan beberapa kali membuat pemeriksaan. Saya kecut perut dalam keadaan penular4n wabak COVID-19.

“Namun, setakat ini, kesihatan berada dalam keadaan stabil. Memang dada berdebar dan pening kepala seperti mahu pitam, sejak beberapa hari lalu.

“Ujian darah dilakukan okay. Harap ia tak berlarutan,” katanya kepada BH Online.

Menceritakan detik cem4s, penyanyi lagu Propa itu berkata, dia pening kepala secara tiba tiba, manakala perasan gemuruh masih dirasai hingga hari ini.

“Saya berdebar lain macam apabila bangun tidur. Perasaan debar4n seperti yang dilalui setiap kali mengadakan persembahan.

“Namun, saya lawan perasaan yang mencengkam hingga hilang. Bagaimanapun, debar4n berlanjutan dari pagi hingga malam. Itu yang merisaukan saya.

“Keesokannya, saya ke klinik dan hasil pemeriksaan tiada apa-apa. Doktor menjelaskan mungkin saya terlalu penat bekerja dan balik lewat malam. Doktor minta berehat,” katanya.

Katanya, debar4n masih berbekas, biarpun sudah berehat.

“Saya ambil keputusan bertemu doktor sekali lagi pada sebelah malam.

“Selepas diperiksa, doktor beritahu kemungkinan saya mengalami gastrik dan angin dalam badan hingga pening berlanjutan. Dari klinik, saya ke hospital melakukan pemeriksaan darah dan x-ray, tetapi semuanya okay.

“Doktor memberikan bekalan ubat untuk beberapa hari. Kalau tak okay, saya kena buat pemeriksaan selanjutnya,” katanya.

Ryan berkata, dia kemungkinan mempunyai potensi penyakit kebimbangan atau kemurungan.

“Mungkin ada berkaitan benda lain. Saya kena tunggu sampai bekalan ubat habis dimakan,” katanya.

Dalam pada itu, percaturan Ryan mengumpan peminat dengan single berentak balada, Jika Memang Harus, tahun lalu, gagal meletakkan namanya pada tahap lebih tinggi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH