BIARPUN tidak dapat bersama-sama meraikan ulang tahun Ayden Adrean, pelakon Aliff Aziz menitipkan doa dan ucapan yang menyentuh hati kepada anak sulungnya itu.
Menerusi Instagram, Aliff, 29, berkata, dia sengaja berkongsi ucapan tersebut sehari selepas ulang tahun Ayden iaitu pada Khamis kerana ingin menjadi orang terakhir yang mengakhiri hari istimewa itu.
“Selamat ulang tahun yang ketiga anak kesayanganku, Ayden Adrean!
“Daddy tahu daddy lewat sehari untuk ucapkannya dan daddy saja buat begitu.
Aliff dan Bella berkahwin pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ayden Adrean.
“Mummy orang pertama yang ucapkannya dan Daddy mahu menjadi orang terakhir untuk mengakhiri hari istimewa awak dengan posting ini,” tulisnya.
Penyanyi lagu Sayang Sayang yang kini berada di Singapura ini meluahkan rasa bangga dan berdoa agar Ayden membesar menjadi seorang lelaki yang lebih baik daripada dirinya.
Aliff berkata, anaknya itu juga menjadi pengubat kepada segala kesak1itan dan tekanan yang dilaluinya.
“Awak membesar dengan sangat cepat di depan mata kami menjadi seorang kanak-kanak yang kacak dan bijak. Daddy doakan agar awak membesar dengan baik dan menjadi diri awak yang terbaik, yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh daddy.
Anak lelaki Aliff Aziz dan Bella Astillah, Ayden Adrean menyambut ulang tahun ketiga pada Khamis.
“Daddy bersyukur pada Allah kerana mengurniakan awak sebagai anak Daddy, yang tahu cara untuk menghilangkan masalah dan tekanan Daddy dengan senyuman awak,” ujarnya.
Dalam pada itu, abang kepada penyanyi Aisyah Aziz ini turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Bella Astillah kerana melahirkan anak mereka.
Menerusi perkongsian itu, Aliff turut menghargai isterinya itu di atas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada Ayden sepanjang perkahwinan mereka.
“Terima kasih kerana jadi kesayangan Mummy dan Daddy. Daddy sayang awak.
Awak tahu cara untuk hilangkan masalah dan tekanan Daddy,
ALIFF AZIZ
PENYANYI
“Terima kasih Mummy kerana melahirkan keajaiban ini dan sentiasa kuat menempuh perjalanan ini. Semoga Allah kurniakan awak anugerah yang di luar jangkaan awak untuk kasih sayang dan ketabahan awak selama ini,” katanya.
Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean.
Pasangan itu turut menunggu kelahiran cahaya mata kedua mereka yang dijangka bakal dilahirkan pada Julai.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TerengganuTV