“Anak-anak Enggan Jumpa..” – To’ki Sedih

Anak To’ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpisah, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki, sehinggalah dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tular, sejak beberapa hari lalu.

“Ketika ibu dan ayah bercer4i, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online.

BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To’ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas men1ngg4lkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Sumber : Rotikaya

Sumber Foto : Rotikaya

Kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To’ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya,” katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To’ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To’ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburvkkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dend4m dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

“Sudah tentu saya sed1h melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

“Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Burvk macam mana pun, ayah tetap ayah kami,” katanya.

Adik To’ki Dedah Perkara Sebenar 

To’ki tidak pernah memb3nci anak-anaknya walaupun mereka menjauhinya.

Adik To’ki, Habibah Mansur, 44, berkata, faktor ekonomi dan hidupnya terumbang-ambing ketika itu membuatkan perkara ini berlaku.

“Yaya (panggilan untuk Hidayah) anak saudara saya dan To’ki pula bapa kandungnya. Apabila orang bertanyakan kasih sayang To’ki terhadap anak-anaknya, saya tak nafikan kerana saya pernah tinggal bersamanya selepas

tamat SPM.

“Saya tahu bagaimana dia melayan anak-anaknya. Dia jarang tinggikan suara terhadap anak-anak. Tapi mungkin keadaan yang berlaku itu buat anaknya terasa.

“Masing-masing ada buat silap dan Yaya sebagai anak berhak untuk terasa. Mungkin pada dia bapanya mengabaikannya. Namun, sebenarnya setiap kali To’ki datang jumpa saya, dia selalu ajak saya berjumpa Yaya, “katanya.

“Yaya juga pernah meluahkan perasaannya berkenaan bapanya. Begitu juga abangnya, Hafizi dan saya tak salahkan mereka. To’ki tak pernah mar4hkan mereka, malah dia selalu minta nombor telefon anak-anaknya daripada saya. Namun, saya pegang amanah dan hormat permintaan mereka.

“Saya ada nasihatkan Yaya, baik atau burvk seorang ayah, itu tetap ayah kita. Kalau kita tak jaga rahsia keluarga kita, orang lain akan ambil kesempatan.

Sumber Foto : Harian Metro

Habibah juga sentiasa berdoa supaya anak-anak saudaranya boleh memaafkan bapa mereka, manakala To’ki perlu berusaha mendekatkan kembali diri kepada mereka.

“Dia pernah bercerita mengenai kesed1hannya apabila anak-anak enggan jumpa. Saya faham hati dan perasaan abang saya. To’ki dengan kak long (bekas isterinya) okey tapi kita kena hormat perasaan anak-anaknya. Kalau tak salah mereka bercer4i ketika Yaya berusia 10 tahun.”

Benda sebenarnya boleh selesai tapi disebabkan ada yang ambil kesempatan, ia jadi besar tapi saya tak mar4hkan Yaya,” katanya.

To’ki akhirnya pindah rumah baharu, tak perlu bayar sewa setahun

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangankan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

Sumber : Harian Metro, Berita Harian, Mstar

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TerengganuTV