“Dia ingat kalau dia pejam mata dia jadi halimunan…”- Gelagat Si Kecil Pura-Pura Tidur Bila Terkant0i Cvr1 Snek Di Dapur..

Semasa kecil, kita semua pernah melakukan sesuatu yang dilarang oleh orang tua dan cuba memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari dihukvm.

Namun cara seorang kanak-kanak perempuan ini mengelak dari kesalahannya diketahui membuat penonton geli hati. Si licik dari Connecticut, AS itu ditangkap oleh neneknya ketika dia sedang mencvri snek dari dapur.

Apabila ditegur, budak perempuan bernama Amala itu memutuskan bahawa jalan terbaik untuk melepaskan diri dari situasi itu adalah untuk berpura-pura tidur, sambil sedang berdiri.

Telatah lucu kanak-kanak itu sempat dirakam Chris Vaughn yang menunjukkan cucunya berusia 20 bulan itu berpura-pura tidur dengan memejam mata sambil memegang snek di tangannya.

Dalam video yang dimuat naik ke Facebook, kedengaran Chris memberitahu gadis kecil itu untuk meletakkan semula snek tersebut, namun Amala hanya berdiri kaku dan tidak berganjak untuk meyakinkan neneknya bahawa dia sedang tidur.

Neneknya kemudian berkata dia tidak kisah jika cucunya itu memejamkan mata sekalipun, dia tetap perlu meletakkan semula snek itu di dalam kabinet. Akhirnya mengaku tewas, Amala membuka matanya, namun senyuman sinisnya membuat ramai geli hati.

“Tengoklah senyuman nakal dia…”

“Dia ingat kalau dia xnampak orang, orang pun xnampak dia…”

“Dia ingat kalau dia pejam mata dia jadi halimunan…”

“Tidur berjalan ke kabinet snek, strategi yang berguna…”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL