“Saudara perempuannya menjadi m4ngs4 prank kej4m itu apabila dia duduk di atas sofa sambil memegang sebuah Macbook”- Lelaki Prank Keluarga Dengan Sofa Air…

Melakukan ‘prank’ kepada kaum keluarga sendiri merupakan perkara paling ‘famous’ untuk menaikkan ‘views’ dalam laman media sosial kini.

Tetapi, setiap orang yang ingin melakukan ‘prank’ ini perlu mendapatkan idea yang paling kreatif supaya apa yang mereka ingin lakukan tidak dapat dihidu oleh orang lain dan lelaki ini cuba melakukan ‘prank’ yang paling kej4m.

Mengikut video yang dikongsikannya, dia telah mengisi air sejuk ke dalam kolam pelampung yang ditiup sebelum dia menutupi kolam itu dengan sarung sofa dan meletakkan kusyen supaya ia dilihat seperti sofa sebenar.

Teruja menunggu ahli keluarganya terkena prank itu, lelaki tersebut pecah perut apabila salah seorang saudara perempuannya duduk di atas ‘sofa’ berkenaan dan jatuh ke dalam air. Oleh kerana terkejut, ditambah pula dengan air yang sejuk, saudara perempuannya mengaku terkencing di dalam air itu.

m4ngs4 keduanya yang merupakan seorang saudara lelaki juga tidak kurang teruk dikerjakan apabila dia duduk di atas sofa air itu sambil memegang secawan teh panas. Apabila dia terjatuh ke dalam air, teh yang dipegang tumpah ke atas mukanya.

Seorang lagi saudara perempuannya menjadi m4ngs4 prank kej4m itu apabila dia duduk di atas sofa sambil memegang sebuah Macbook. Akibatnya Macbooknya masuk ke dalam air dan dia tidak sempat menyelamatkannya.

Adik perempuannya merupakan m4ngs4 terakhir untuk prank tersebut, namun remaja itu kelihatan langsung tidak gembira dikenakan sebegitu.

Rata-rata netizen terhibur menonton reaksi setiap m4ngs4 dalam ‘prank’ berkenaan, namun ramai tidak dapat terima bahawa sebuah Macbook berharga telah terkorban akibat ‘prank’ berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL