Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun.
Menurut Faizal, air matanya mengalir sewaktu menuat naik ucapan tersebut kerana terlalu bersyukur dikurniakan isteri yang sebaik Abby.
“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.
“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.
“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.
“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu
“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.
“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahm4ti kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahm4ti isterinya yang tercinta itu.
“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.
“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.
“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.
Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun men1ngg4l dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH