Pelakon Lufya Omar menjelaskan bahawa dia tekad untuk berp1sah dengan bekas suaminya, Dr. Che Hafiz selepas merasakan sudah banyak bersabar dengan segala apa yang terjadi selama ini.
Menurut Lufya, percer4ian itu terjadi disebabkan kegagalan Che Hafiz dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya digalas sebagai suami dan bapa.
“Saya dah cukup bersabar. Kalau dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tudvhan saya ini.
“Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh menga1ibkan dirinya dan ahli keluarganya.
“Saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincang antara kami atau di mahk4mah sahaja,” katanya menerusi satu kiriman mesej kepada Astro Gempak.
Katanya lagi, dia juga tidak pernah sesekali menghalang bekas suaminya itu untuk bertemu dengan anaknya.
Bahkan selama ini, kata Lufya dialah yang memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamour. Cukup-cukuplah. Awak tu doktor bukan artis. Jaga tatasusila sebagai doktor.
“Pasal anak jangan nak berdolak dalih. Allah Maha Melihat. Be a man and walk the talk. Kesian kat anaklah. Masa depan dia lebih penting. Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu sebagai seorang bapa.
“Saya tak halang dia nak datang jenguk anak tapi dia tak datang pun. Apalagi yang kamu nak? Saya hanya berdoa je agar dia diberikan hidayah dan berani berjumpa dan berbincang,” katanya.
Terdahulu, Che Hafiz mended4hkan bahawa rumah tangga mereka sudah terlerai pada 17 Jun lalu.
Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
“Saya Doakan Yang Baik-Baik Buat Lufya Dan Saya Harap…” – Dr Che Hafiz
Semalam Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengakui telah bercer4i tal4k satu dengan Lufya Omar pada 17 Jun lalu di Mahk4mah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Lufya yang kemudiannya dihubungi oleh pihak Gempak mengakui tentang status perkahwinan bersama bekas suaminya itu, tetapi pada awalnya enggan memberikan sebarang komen.
Namun selepas itu, dalam satu kiriman mesej kepada Astro Gempak, Lufya memberitahu bahawa pencer4ian itu terjadi disebabkan kegagalan Che Hafiz dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya digalas sebagai suami dan bapa.
Terbaru di Instagram milik Che Hafiz, dia memuat naik satu status mengenai pencer4iannya itu.
“Bismillahirrahmanirrahim. Sesungguhnya diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata, itu saya sangat setuju tetapi kalau terlalu diam pun sebenarnya adakalanya bahaya juga untuk diri kita.
“Saya yakin di mana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang akan beritahu matlamat mereka selepas berkahwin adalah semata-mata untuk bercerai,” tulis Che Hafiz.
Tambah Che Hafiz, tidak kira suami atau isteri pastinya ingin membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat mereka.
“Melainkan Sehinggalah jalan terakhir untuk setiap permasalahan yang berlaku di dalam rumah tangga di mana hanya penceraian sahaja adalah jalan terbaik selepas pelbagai usaha yang telah dilakukan demi menyelamatkan hubungan sesebuah perkahwinan.
“Walaupun saya dan Lufya sudah tiada apa-apa lagi ikatan hubungan suami isteri secara sah dan setelah apa yang saya lalui.saya redha dan terima perkara ini dengan baik.saya percaya disebalik apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,” tulis Che Hafiz lagi.
Di dalam entri tersebut, Che Hafiz turut memberitahu bahawa dia tetap akan mendoakan yang baik-baik buat Lufya dan meminta Lufya menjaga anak mereka, Lanaa Haura dengan baik.
“Akhir sekali saya berharap agar doa saya untuk meluangkan masa dengan anak saya tercapai dan semoga saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sempurna tanpa disusahkan atau mendapat sebarang halangan,” tulisnya lagi.
Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : GEMPAK