Miera Leyana Ded4h Kekasih Hati

KUALA LUMPUR: Agak lama tidak menghiasi kaca televisyen dan layar lebar bukan bermakna pelakon tinggi lampai, Miera Leyana, 27, mahu men1ngg4lkan dunia lakonan, sebaliknya sibuk menguruskan perniagaan keluarga.

Bintang drama Memori Cinta Suraya itu berkata, dia masih menerima banyak tawaran lakonan, bagaimanapun terp4ksa ditolak berikutan masih mempelajari selok belok dunia perniagaan. Lagipun, banyak skrip dan karakter yang diterima tidak bersesuaian.

“Kali terakhir saya berlakon menerusi teater muzikal h4ntu Kak Limah yang dipentaskan di Movie AniM4tion Park Studio (MAPS), Ipoh, tahun lalu. Saya terima banyak tawaran lakonan, tetapi sebelum itu, saya akan melihat pengarah, barisan pelakon dan skrip terlebih dahulu.

“Saya berlakon pada usia muda. Pada usia 15 tahun saya sudah bergelar pelakon. Jadi, saya berlakon bukan mengejar populariti, tetapi kerana minat.

“Banyak pengalaman yang dikutip dan watak sudah pun saya jayakan sepanjang lebih sedekad dalam bidang lakonan. Mungkin sudah tiba masa untuk saya berundur sedikit demi sedikit dari dunia lakonan,” katanya kepada BH Online.

Pelakon jelita yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem), Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu berkata, dia enggan menyesal kerana tidak dapat mencuba sesuatu yang baharu.

Alasan itu, katanya, membulatkan tekad untuk berundur secara perlahan-lahan daripada dunia seni. Hasrat hati untuk bergelar seorang peguam sudah pun lebur disebabkan terlalu asyik dengan dunia lakonan. Oleh itu, dirinya tidak mahu mengulang penyesalan yang sama.

“Saya semakin selesa menguruskan perniagaan keluarga. Saya agak beruntung apabila keluarga sudah mempunyai perniagaan, saya pula hanya menyambung legasi mereka. Bagaimanapun, saya masih muda dan tak mahu terlepas peluang mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup.

“Saya menceburi bidang perniagaan bukan disebabkan tiada keyakinan dalam industri seni. Bagaimanapun, saya melihat perlu ada kerjaya lain sebagai jaminan masa depan. Saya tidak boleh terlalu bergantung kepada dunia lakonan kerana ia berputar seperti roda.

“Jika dilihat, ramai artis yang sudah semakin berwaspada dan tidak bergantung kepada kerjaya seni, sebaliknya menerokai dunia perniagaan sebagai usahawan,” katanya.

Akuinya, ramai pelakon sudah mula sedar mereka perlu ada sokongan kerjaya lain untuk jaminan masa depan.

“Selain perniagaan, golongan artis pada masa ini sangat bertuah kerana mempunyai platform seperti YouTube dan laman sosial untuk menjana pendapatan.

“Zaman saya dahulu, untuk menjana pendapatan yang lebih, ada pelakon yang beralih menjadi penyanyi atau pengacara, itupun pilihan tidak banyak, tetapi artis sekarang boleh meneroka pelbagai cabang termasuk media sosial untuk menjana pendapatan,” katanya.

Pelakon filem Jangan Pandang-Pandang dan Lebuhraya Ke Ner4ka itu berkata, dia berhasrat mengundur diri secara perlahan-lahan daripada dunia lakonan, tetapi tidak akan men1ngg4lkannya terus.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You must be a ship because you’ve always on my radar 🥰 🛥

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on

“Saya bercita-cita mahu bergelar penerbit. Bagaimanapun, bukan dalam waktu terdekat, tetapi hasrat ini mungkin akan terlaksana dalam tempoh setahun atau dua lagi,” katanya.

Berkongsi soal hati, Miera berkata, dia kini sudah pun menemui cinta baharu. Kekasihnya yang juga seorang ahli perniagaan sudah dikenali sejak beberapa tahun lalu.

“Biarlah identiti si dia tidak didedahkan lagi. Apa yang boleh dikatakan, saya dan si dia sudah menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa tahun lalu.

“Si dia tahu mengenai status saya sebagai selebriti dan tidak pernah menghalang minat untuk terus berlakon,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m back 🇦🇪 Dubai, what’s good? #mieraleyana

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BH