BEBERAPA hari lalu, tular satu video yang menyentuh hati warganet. Mana tidaknya, video memperlihatkan seorang pak cik di tepi kaki lima jalan sedang mempertahankan jualan jagungnya yang tidak seberapa itu daripada ‘diangkut’ oleh pihak penguatkuasa majlis.
Ditambah dengan komen mereka yang mengenali latar belakang pak cik tersebut, video ini yang tul4r beberapa hari lalu meruntun jiwa warganet hingga ke hari ini.
Apalagi selepas kejadian itu, seorang gadis, menggunakan nama Siti Norfadhilla di media sosial mengakui pak cik tersebut merupakan bapanya. Penjelasan diberikan tentang individu itu lebih menyentuh hati.
Berikut antara maklum balas Siti Norfadhilla Basrol tentang video yang tular itu:
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kas4ri tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia deg1l dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain-lain. Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retin1tis Pigment0sa yang menggaggu penglihatan ayah saya. Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati. Jagung inilah mata pencarian untuk kami, saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya. Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu. Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya. Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni. Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan mer0mp4k. Saya sangat kec3wa dengan semua ni.
Lebih sejam lalu ini posting terbaharunya susulan kejadian.
Ustaz Ebit Lew rayu
Semalam, pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew sempat melawat pak cik ini. Ini kongsi beliau di Facebooknya mengenai penjual jagung itu:
sed1h sangat rasa. Semalam tengok video pak cik ini tengah berniaga jagung di Selayang. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang je. Muka semua dah tak boleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun.
Dari dulu ini je kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa Food Panda. Pak cik ni sehari dapat RM50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena r4mp4s.
Yelah berniaga di situ salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pak cik ni.
Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pak cik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pak cik ini saya dahulvk4n ucapan terima kasih.
Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan RM1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pak cik ni seb4k dan tak ingin yang lain-lain.
Pak cik ini dan isteri berniaga buah sikit je tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelvk4n dengan tangisan seb4k. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pak cik ni taknak apa-apa dari saya.
Sabarlah pak cik. Saya doakan ALLAH mudahkan rezeki pak cik mak cik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat, titip Ustaz Ebit.
Terdahulu Siti Norfadhilla turut mengucapkan ribuan terima kasih banyak atas perhatian yang diberikan oleh semua insan yang berjiwa bersih dan baik hati yang membantunya tak kira dari segi sokongan moral atau wang ringgit.
Semalam beliau menyampaikan kata-kata daripada ibu bapanya susulan kejadian itu.
Mereka yang menyuruh saya menyampaikan ini:
“Kepada semua, kami sekeluarga telah memaafkan semua anggota-anggota penguatkuasa tersebut. Saya harap hentikanlah semua kec4man yang meny3ksa mereka. Harap jangan mengambil tindakan terhadap mereka. Kita semua buat sal4ah takda yang sempurna. Kami seikhlas hati telah memaafkan mereka. Saya faham apa yang mereka rasakan sekarang. Harap kita semua dapat memaafkan mereka,” kongsinya di status Facebooknya.
Maklum balas daripada pihak majlis perbandaran berkenaan masih belum dikongsikan.
Apa pun, doa Kami semoga semuanya yang baik-baik untuk keluarga pak cik ini dan anak-anaknya. Begitu jua pada pihak terbabit yang menjalankan tugasnya. -AG
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar