Erra Fazira Sedia Berkahwin

Pelakon dan pengacara Erra Fazira mengakui tidak pernah menutup pintu hatinya apabila berbicara soal jodoh.

Kata Erra dia sentiasa memanjatkan doa untuk dipertemukan jodoh yang baik untuk membimbingnya dan menjadi peneman meniti usia.

“Siapa tak nak kahwin? Kalau ada Alhamdulillah… Saya sendiri tak pernah pun menutup pintu hati saya cuma perasaan tak boleh dikawal atau dihalang.

“Kalau suka teruskan, tapi malangnya belum ada. 

“Mungkin pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati. Bukan tiada orang merisik khabar tetapi kita ni susah nak percaya orang,” kata Erra.

Erra yang ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini menambah pengalamannya yang pernah beberapa kali berkahwin sebelum ini membuatkannya lebih cerewet.

“Kalau ada seru ke arah ‘settle down’, memang saya nak cuma nak pergi ke arah itu agak berhati-hati dan proses itu menjadikannya lambat.

“Katalah ada calon sekali pun saya takkan terus kata nak kahwin, tak boleh main redah sebab umur pun sudah berapa, ini pun bukan perkahwinan pertama saya.

“Saya sedia menjadi isteri sekali lagi dan itu antara doa saya setiap masa, untuk dipertemukan jodoh yang baik.

“Bermakna saya berhasrat berkahwin lagi, kita pun semakin tua… Perlvk4n teman,” tambah Erra.

Erra pernah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada Jun 2003 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Bintang filem Wangi itu kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan bercer4i pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, 11 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK via TerengganuTv