“Kita orang tak kisah pun, anak kan anugerah Allah.”- Beby Maembong Kongsi Foto Kenangannya Bersama Emma..

Kakak kepada Emma Maembong, Beby Maembong ada berkongsi foto kenangannya bersama adik tersayang pada Jumaat.

Beby atau nama sebenarnya, Nurulaini Ismail memuat naik foto mereka berdua menerusi satu entri terbaru di Instagram, @Bebyeejunior yang dikemas kini.

Tulis Beby, dia dan Emma tidak kisah mengenai jantina anak yang bakal lahir, memadai ia andai bayi yang dilahirkan sihat sempurna.

“Mummy & Miema masa ni Mummy 25 weeks dan Miema 12 weeks. So rasanya ni baby boy ke girl?

“Kita orang tak kisah pun, anak kan anugerah Allah. Janji sihat dan sempurna,” titip Beby.

Usahawan ini pada masa sama turut berkongsikan pengalaman h4mil buat kali ketiganya.

“Mummy serabai sangat tu. Mengandung kali ni jadi serabai pula dan malas nak bersiap. Rambut serabai, muka tak mekap, baju pun tak iron,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Emma mencuri perhatian warga maya apabila mengumumkan dirinya h4mil di Instagram.

Serentak dengan pengumuman gembira itu, para peminat tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah buat pelakon Cik Sempurna itu.

Foto: Instagram Bebyeejunior, Beby Maembong

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak