‘Mat Dan Dihalang Tunai Solat Jumaat’- Mat Dan Mula Mendedahkan Mengapa Dia Dihalang Untuk Tunaikan Solat Jumaat Dan Dia Rasa Sangat Terkilan…

Umum sedia maklum kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid tetapi perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan mengamalkan jarak sosial.

Bagaimanapun, pengembara dan pengacara dikenali ramai, Mat Dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat semalam.

Dilihat seb4k meluahkan perkara itu, Mat Dan berkata dia tidak dapat masuk ke masjid kerana dia bukan warganegara Malaysia. Menerusi perkongsian video itu, Mat Dan berkongsikan pengalaman di Mekah yang tidak mengenal kulit, bangsa mahupun rupa.

“Kita orang pergi Makkah, kat situ semua warna kulit ada. Semua warganegara ada. Pada pandang Dia, kita tetap sama. Darah saya warna merah juga. Tak kiralah hidung mancung atau kepek, kulit putih atau hitam, semuanya sama pada pandangan Dia. Saya sedihlah sebab tak dapat masuk,” luahnya sebak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mintak pandangan anda semua…😌

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

“Agak sed1h hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara,” katanya.

Bagaimanapun, Mat Dan redha dengan SOP yang ditetapkan dimana warga asing tidak dibenarkan masuk dan rakyat Malaysia diutamakan serta meminta pandangan masyarakat berkenaan perkara itu.

“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut sama seb4k melihat perkongsian Mat Dan itu dan meminta supaya bersabar. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Mat Dan diberi rezeki untuk menunaikan solat Jumaat minggu hadapan.

Pada Jun 2020 lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran mendirikan solat berjemaah dan solat Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warganegara sahaja.

Justeru, bukan warganegara atau warga asing tidak dibenarkan untuk solat jemaah atau Jumaat di masjid sehinggalah keadaan stabil.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya