Awal Disember yang lalu, bintang bollywood terkenal Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-temannya.
Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan dan berkarisma manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang istana yang indah yang merupakan warisan nenek moyangnya.
Untuk info, Kareena Kapoor berkahwin dengan Saif Ali Khan yang merupakan dari keturunan keluarga diraja. Seperti yang disebutkan dari bollywoodshaadis.com, bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah bekas Kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari 1952 hingga 1971.
Pataudi adalah sebuah bandar yang indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaan.
Selepas Mansoor Ali Khan men1ngg4l dunia, suami Kareena Kapoor, Saif Ali Khan dinobatkan menjadi Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.
Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi, warisan kerajaan suami Kareena Kapoor yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.
Apakah rupa istana megah suami Kareena Kapoor? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.
Warisan Keluarga Pemerintah
Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.
Selepas Mansoor Ali Khan men1ngg4l, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.
Rumah Kolonial
Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz.
Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.
Istana Bernilai RM466 Juta
Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.
Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah.
Istana ini bernilai INR 800 atau setara dengan RM 466 Juta.
Dihiasi Foto-foto Lama
Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di berbagai tempat di istana yang indah ini.
Pernah Dijadikan Sebuah Hotel
Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels.
Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini. Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula Istana ini dari pemilik hotel.
Lokasi Penggambaran Filem
Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem “Eat Pray Love” yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu “Mangal Pandey”, “Veer Zara”, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.
Begintulah tujuh info menarik Istana mewah milik Kareena Kapoor dan istana Saif Ali Khan yang indah. Apa pendapat anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : murai.my via TerengganuTv