Fasha Sandha Dah Ada Nama Bayi, Elisya Sandha Mula Panggil ‘Baby A’

Pelakon Fasha Sandha sudah mempunyai pilihan nama bayi perempuan yang bakal lahir tidak lama lagi.

Bahkan, pilihan namanya itu juga sudah dikongsikan kepada adiknya, pelakon Elisya Sandha.

Menurut Elisya, kakaknya itu memilih untuk meletakkan nama bayi tersebut dengan awalan huruf A.

Begitupun, Elisya ketika dihubungi Gempak memberitahu, dia enggan mended4hkan nama anak saudaranya yang bakal lahir itu.

“Saya dah tahu nama, tapi tak nak dedahkan,” jawabnya ringkas menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Terdahulu, Elisya menerusi satu hantaran di Instagram turut menyatakan rasa terujanya untuk bertemu dengan ‘Baby A’.

“Saya tak sabar nak berjumpa awak, Baby A. Angah, sedarilah yang awak selalu ada dalam doa saya dan saya berharap agar semuanya dipermudahkan, Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam posting tersebut, Elisya turut memuat naik gambar dirinya bersama Fasha ketika menghadiri majlis ‘baby shower’ baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I can’t wait to see you baby A❤️ angah remember you’re always in my prayers and i hope that everything goes well insyaAllah @fashasandha . . Taken by @budak.tadika #babyshoweraidilfasha

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial) on

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu.

Ini merupakan keh4milan bayi pertama mereka selepas kegugvran sebanyak dua kali.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak