TINDAKAN Hairi Safwan menegur sikap bi4d4p seorang lelaki terhadap seorang wanita telah menyebabkan pelakon itu mengalami keced3ra4n di mata akibat ditvmbuk.
Cerita Hairi, kejadian tersebut berlaku ketika dia mahu ke sebuah farmasi di Subang Jaya pada Khamis lalu itu terjadi apabila Hairi cuba untuk menegur pasangan yang sedang berg4duh.
“Nampak macam ketuvmbit tapi ini alkisah dua hari lepas, dah lama tak masuk gelangang. Sekali sekala sedap juga.
“Aku jalan dengan anak aku nak masuk farmasi, ada couple g4duh. Tiba-tiba keluar ayat yang aku tak suka dengar, ‘KAU PEL4CUR’.
“Aku terus pergi tegur dan dapat habuan buku lima. Adil bagi aku sebab aku buat dia patah tangan dan aku berhenti sebab anak aku reyau (men4ngis) saja.
“Aku ajak dia pergi buat report dia tak nak, dia nak duit ubat saja. Lepas tu aku pesan kat dia ‘kau nak bawa geng bawaklah, tapi kau kena ingat budak utara ni kat tempat orang dia solo fighter, tak dapat hari ini nanti mesti dapat’,” ujarnya.
Bagaimanapun lucunya, Hairi juga sempat berselor0h apabila dimar4hi isterinya akibat kejadian itu.
Namun dalam masa sama, juara Anak Wayang itu sempat men1ngg4lkan pesan buat kaum Adam.
“Dah la aku tak dapat duit ubat, masuk kereta kena beletiaq (bebel) plak dengan wife aku… Baru nak tunjuk hero… Dua hari tak boleh buka mata. Nak ajak repeat tak boleh dah…
“Jangan sesekali kita h1na dan kata wanita PEL4CUR padahal puncanya dari LELAKI bukannya takdir,” katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji tindakan Hairi yang sanggup ced3ra demi mempertahankan wanita.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar