Rosma terasa hati dikec4m kerana fizikal

PENYANYI yang kini begelar usahawan, Rosma, mengakui sering menerima kec4man kerana bentuk badannya sejak usianya masih remaja.

Malah kata bintang Akademi Fantasi musim pertama (AF1) itu, jika penggunaan media sosial ketika itu sudah rancak seperti sekarang, pasti sahaja isu memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming yang dilaluinya akan lebih teruk.

Bagaimanapun, Rosma atau nama penuhnya Rosmayati Sidik, 35, berkata, situasi tersebut tidak pernah membuatkan dirinya patah semangat, sebaliknya berazam menurunkan berat badan.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu kini tidak lagi dih4ntui dengan kata-kata tersebut semenjak mula langsing selepas mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos.

“Fizikal badan saya yang berisi pun boleh jadi modal kec4man. Ada yang cakap usia muda, tapi badan macam makcik-makcik yang ada ramai anak.

“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali men4ngis dan memend4m rasa kerana dikec4m disebabkan fizikal diri.

“Bagaimanapun, kata-kata menjatuhkan itulah yang telah membakar semangat diri saya. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.

“Alhamdulillah saya kini mendapat berat badan yang saya mahukan selepas mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos,” ujarnya yang kini menguruskan perniagaan KR Successful Sdn Bhd yang diusahakan bersama suami.

Bagi Rosma yang kini memiliki berat badan 47 kilogram, dia bersungguh menurunkan berat badan bukan kerana ingin menunjuk kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya, sebaliknya demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.

“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya com0t.

“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak, memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.

“Bila dah jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju. Jadi kenalah kuruskan badan,” katanya.

Produk pelangsing sendiri

Bagaimanapun, saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri

“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hent4m keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa.

“Pernah sekali saya cemas dan jatuh pengsan gara-gara diet tak betul hingga dimasukkan ke h0sp1tal.

“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah, suami saya, Khai mencetuskan idea untuk keluarkan produk pelangsingan sendiri,” imbau Rosma.

Mengulas tentang produk tersebut, kata Rosma, dia mengeluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua.

“Saya turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Alhamdulillah mampu berbadan langsing biarpun sudah ada tiga anak.

“Zaman belum kahwin saya bergelvt dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya yang kini menguruskan perniagaan sendiri, KR Successful Sdn Bhd yang diusahakan bersama suami .

Rosma dan Khai berkahwin pada 26 April 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar