Pelakon, Ika Nabella ada berkongsi cerita bersama pengikutnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abd Rahim meluahkan rasa syukur kerana tidak berhutang dengan orang lain selama 12 tahun.
Dalam pada itu, Ika memaklumkan dirinya lebih selesa hidup dalam serba sederhana.
“Cargaaassss! Cargas! Jom cari duit.
yang dah kaya raya , mak bapak jutawan, laki hartawan tu takpa tu rezeki depa hidup dlm kemewahan. Kita hat biasa2 ni usaha kena lebih sikit naaaa, ukur baju di badan sendiri.
“Peringatan utk diri sendiri yg serba serbi sederhana. Nikmat betul lah 12 tahun dah tak mintak duit orang, tak berhutang
Syukur Alhamdulillah,” tulis pelakon ini lagi.
Untuk rekod, Ika merupakan bintang kelahiran Akademi musim keenam dan memulakan karier lakonan pada tahun 2009 hingga kini.
Foto: Instagram Ika Nabella
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH