Ditegur PM, Ini Yg Paknil Lakukan Masa ‘live’ Buat Ramai Terkeejut

PEKA dengan teguran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sikap segelintir masyarakat yang mula mengabaikan amalan norma baharu dalam kehidupan, pengacara Datuk Aznil Nawawi mengambil inisiatif sendiri ketika muncul dalam sebuah program televisyen pada Isnin malam.

Cerita Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, selepas mendengar pengumuman perdana menteri itu, dia menukar pakaian dan mengenakan pelindung muka semasa membuat persembahan secara langsung dalam program tersebut.

“Mulanya Paknil ada plan untuk pakai baju (jenama) Emporio Armani untuk program Muzik-Muzik (TV3) malam ni.

“Tapi selepas pengumuman perdana menteri fasal kelonggaran kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebab kita masih dalam PKPP, Paknil terus tukar plan dan pakai set perlindungan diri (PPE) ke studio semasa buat persembahan lagu Apo,” katanya.

Paknil memakai set perlindungan diri termasuk pelindung muka semasa membuat persembahan.

Aznil berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Dia turut memuat naik beberapa keping foto semasa mengadakan persembahan mempromosikan lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Apo.

Dalam pada itu, Aznil turut mengambil kesempatan menyumbangkan pelitup hidung dan mulut serta pelindung muka kepada kru penerbitan pada malam itu.

Paknil sedang mempromosikan lagu baharu nyanyiannya berjudul Apo.

“Terima kasih penerbit izinkan Paknil buat demikian. Paknil turut edarkan face masks dan face shields untuk team dan kru produksi,” katanya.

Menerusi perutusan khas pada Isnin, perdana menteri meluahkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster j4ngk1tan c0v1d-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Lebih-lebih lagi apabila ada yang mula mengabaikan penjarakan sosial dan tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam berikutan angka j4ngk1tan dilihat semakin berkurangan.

Justeru itu, perdana menteri memaklumkan kerajaan bakal mempertimbangkan langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam di negara ini.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via TerengganuTv